Tuesday, November 26, 2019

Jawatan Kosong dan Deskripsi Tugas Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA19/JA29 di SPA

Assalamualaikum. Bukan mudah nak dapat kerja sekarang ni. Cik Rose faham dengan situasi sekarang. Tapi, tak salah untuk kita terus mencuba mohon kan. 

Tadi, Cik Rose melawat laman web SPA. Cik Rose nampak iklan jawatan kosong. Jadi, tak salah untuk Cik Rose kongsikan info ni. Mungkin ada yang tak tahu. Mungkin ada yang sedang mencari kerja.


PELUANG KERJAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM

Yang sedang mencari kerja dan mempunyai kelulusan yang berkenaan, bolehlah cuba mohon. Mana tahu rezeki kan. Kita berusaha sehabis daya. Selagi ada peluang dan ruang, cuba sahaja. Jangan disia-siakan peluang yang ada. 


Mohon Jawatan Sebagai Pelukis Pelan ( Seni Bina) Gred JA19 (Skim Perhidmatan Bersepadu)


Menurut SPA, mereka sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut:

(i)Mempunyai keterampilan yang baik;
(ii)Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan;
(iii)Mempunyai bakat kepimpinan;
(iv)Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang;dan
(v)Mempunyai kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.




Deskripsi Tugas Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA19/JA29:

Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan bagi skop kerja seni bina termasuk melaksanakan penyediaan lukisan teknikal dan spesifikasi, menyemak lukisan perunding, merekod dan menyelenggara lukisan, menyediakan study model, menyediakan reka bentuk, menyedia lakaran reka bentuk, menyediakan lukisan kerja, lukisan perunding, memantau maklum balas penilaian teknikal, melaksanakan audit kualiti (reka bentuk)/audit seni bina pembinaan dan menyediakan laporan serta lain-lain tugas yang berkaitan tugas-tugas berkaitan aspek reka bentuk dan seni bina.



Syarat Lantikan Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA19/JA29:

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;


KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PELUKIS PELAN (SENI BINA) GRED JA19

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Pendidikan Seni Visual, Lukisan Geometri atau Lukisan Kejuruteraan pada peringkat peperiksaan tersebut.(Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM1,377.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM1,435.12); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM1,493.24).


KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI SENI BINA GRED JA29


sijil dalam bidang seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549.00); atau

diploma dalam bidang seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935.02).

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan



        Semoga berjaya! 


        Tarikh tutup permohonan baharu bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 02 Disember2019 (Isnin)jam 11.59 malam.



        4 comments: