Allah Maha Mengetahui

Assalamualaikum. 

Tertarik Cik Rose dengan gambar di bawah. Cik Rose kongsikan dari laman instagram milik Quote.lovin.1

Mengenali akaun ini melalui instagram Mizz Nina, iaitu isteri Noh. Cik Rose suka benar dengan perkongsian Mizz Nina. Banyak sudut positif di laman instagramnya. 


Allah knows, and you do not know.




Allah Maha Mengetahui.

Allah Maha Mengetahui setiap apa yang berlaku. Setiap apa yang terbaik buat diri kita. Allah Maha Mengetahui segala-galanya. 

Siapa kita untuk mempersoalkan. Siapa kita untuk marah-marah. 

Kadang-kadang kita terlupa. Kita terlalu memuja bintang yang bersinar di angkasa. Kita tinggalkan panas mentari yang menghangatkan tubuh kita. 

Kita terlalu idamkan apa yang kita tiada. Hingga kita terlupa nikmat yang Allah berikan buat kita. 

Aku kau berbeza. Keperluan kita tak sama. Mungkin kita punya keinginan yang sama. Namun, kita lupa. Mungkin keinginan kita itu bukanlah yang terbaik buat diri kita. 

Ya, kita mungkin sedih kerana tidak dapatkan keinginan kita itu. Namun , janganlah berlebihan hingga merosak diri, jiwa, dan emosi. 

Bersederhanalah.

Pada awalnya mungkin sukar untuk kita melaluinya. Percayalah, lama-lama kita akan terbiasa. 

Kita dah dewasa. Kita orang yang berilmu. Berhenti untuk mempersoalkan tentang ketiadaan itu pada orang. Kadang-kadang orang tu ok. Tapi, dek kerana soalan kita itu membuatkan dirinya terluka. 

Jika kita tak mahu dilukai, jangan mula melukai orang lain. 

Kita tak nampak apa yang orang itu lalui. Kita tidak tahu kesusahan orang itu. Kita tidak rasa emosinya. Kita tidak akan merasai apa yang dia sedang perjuangkan. Berhentilah menilai. Berhentilah mempersoalkan. Kan lebih baik begitu?


Ada beza antara ambil berat dan sibuk hal orang. Hikhik. Maafkan penggunaan kata ini. Namun, itulah realitinya kan. Tak ramai yang sedar akan tindakan mereka itu salah. 



Ada sebabnya sesuatu perkara itu terjadi. Terimalah dengan hati yang tenang.


Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah


Untuk segala apa yang kita miliki dan tidak kita miliki. 


Melihat ramai yang merungut tatkala mereka memiliki sesuatu, membuatkan diri ini berfikir sejenak. Mengapa terjadinya hal yang sedemikian? 

Tak bersyukurkah mereka? 



Renung sejenak diri ini. 



2 comments:

Powered by Blogger.