Ticker

6/recent/ticker-posts

Senang ke nak buat sendiri Kuih Nona Manis?

Assalamualaikum. 
Banyak kuih yang menjadi kegemaran Cik Rose. Antaranya karipap, seri muka dan cara berlauk. Sebenarnya banyak lagi. Ni antara yang Cik Rose ingatlah. 

Kuih Nona Manis. 
Cik Rose suka! Tapi, tak semua yang dijual menepati citarasa Cik Rose ni. 

Kalau Nona Manis, kenalah berlemak sikit rasanya. Santan tu tolong jangan kedekut. Ada yang jual, comel je dia letak santan. Tak puas pula rasa. 

Yang kat bawah ni, Cik Rose beli dari teman pejabat. Memang sedap. Rasa nak makan lagi, dan lagi. Sedar-sedar dah habis. Hihi.




Buat sendiri? 
Tak pernah. Simpan dan kongsi resepi dah banyak kali. Cuma tak terbuat-buat. Takut tak menjadi pula. Itu yang beli je. 

Lagipun bukan makan selalu kuih-kuih ni. Itu yang mood tak mari. (Alasan....) hahaha.

Cik Rose suka tengok orang yang pandai masak, pandai buat kuih, pandai buat kek. Pendek kata, cuba sekali je menjadi. Berbakat! Seronok tengok hasil tangan mereka. 

Nak kena rajinkan diri juga mencuba. Bila lagi kan. Alatan semua dah ada. Tinggal nak dengan tak nak je ni. Hikhik. 

Post a Comment

3 Comments

  1. wahhh saya pun suka karipap tapii tak suka nona manis ni hehehe

    ReplyDelete
  2. Suka juga kuih ni
    Kat sini 6 biji tu RM2.00

    ReplyDelete
  3. giler sedap kuih ni!!!
    tapi tu la... aida tukang makan jer. buat tak pandai :)

    ReplyDelete