Ticker

6/recent/ticker-posts

Sedap rupanya Xing Fu Tang ni | Patutlah ramai yang ketagih minum Brown Sugar Boba Milk

Assalamualaikum.

Sana sini orang bercerita mengenai Brown Sugar Boba Milk. Ada macam-macam jenama yang terkenal. Cuma Cik Rose je terlambat. Tak pernah rasa sebelum ni. Asyiklah dengam coffee
 Hihi.

Nak dijadikan cerita, minggu lepas Cik Rose balik kampung. Keluar ke pekan dengan suami dan adik lelaki Cik Rose. Kitorang singgah Amanjaya Mall sekejap.

Eh nampak kedai Xing Fu Tang. Adik Cik Rose tanya, nak tak? Apalagi, mestilah nak. Kakaknya ni tak pernah rasa. Hari tu ada promosi. Beli satu, untuk pembelian kedua ada diskaun 50%.

Apalagi, belilah dua. Harganya dalam RM19.++ macam tu untuk dua cawan. Tengok sendiri cara penyediaannya, buatkan Cik Rose rasa tak sabar nak minum. Haha.

Tadaaa :


Kitorang minum dalam kedai tu. Ruangnya selesa dan nampak cantik untuk bergambar. Tapi, malu lah pulak nak bergambar sebab ramai orang. Hihi.

Jadinya, boba milk je lah sempat di ambil gambarnya.


Rasa Brown Sugar Boba Milk.
Sedap! Susu dia tu tak muak. Bubble dia pun sedap. Terasa brown sugar tu. Bukan rasa 'kosong' macam sesetengah yang dijual tu. Aih sedap.

Patutlah ramai yang ketagih nak minum, dan minum lagi. Nasib baiklah Cik Rose jarang jumpa kedai boba milk ni di tempat Cik Rose. Bimbang juga ketagih nanti. Rasa sekali, nak lagi. Hahaha.


Apapun, bersederhanalah. Tak salah nak minum. Tapi, janganlah sampai hari-hari pulak. Ishhh bahaya. Kena pandai control lah kan.

Apapun, Cik Rose bagi 5 bintang untuk Cing Fi Tang, Amanjaya Mall Sungai Petani. Brown Sugar Boba Milk nya sedap. Pekerjanya ramah tamah. Memang terbaik servisnya.



Post a Comment

3 Comments

  1. Oo yake rose... Nak try juga la. Kat sini pun ada juga ni

    ReplyDelete
  2. akak baru pernah try yang tealive, yang ini belum pernah try lagi walaupun pernah jumpa... bobba ni memang sedap tp tak boleh nak makan selalu, bahaya hheheheh...

    ReplyDelete
  3. aida x pernah num air ni, cikrose.
    mungkin kurang minat kot air cenggini. manis!
    tapi adik bongsu, yg UniKL tu, ada kata xingfutang ni sedap.
    dia and the geng kerap minum :)
    sempat la nasihat dia - limit kan. manis!

    ReplyDelete