Ticker

6/recent/ticker-posts

Sinopsis Drama Rindu Yang Terlarang Lakonan Fikry Ibrahim dan Zahirah Macwilson

SINOPSIS RINDU YANG TERLARANG
Kisah cinta terlarang disebabkan pergaduhan keluarga. Faith dan Ainnura bercinta sejak dibangku sekolah dan mahu berkahwin diusia muda. Namun, cinta mereka mendapat tentangan daripada keluarga yang saling berdendam akibat sengketa perebutan hak milik tanah. 

Dek kerana permintaan mereka tak direstui oleh keluarga. Faith dan Ainnura membuat keputusan untuk berkahwin secara rahsia dengan restu dari Tok Wan, atuk Ainnura. Mereka hidup bahagia sehinggalah rahsia mereka terbongkar. Kedua-dua keluarga berusaha memisahkan rumahtangga anak-anak mereka. Akhirnya, Faith terpaksa menceraikan Ainnura dan membawa diri masing-masing

Beberapa tahun berlalu, mereka bertemu kembali. Faith berusaha merebut hati Ainnura. Namun Ainnura terpaksa keraskan hati kerana takut perkara lama berulang kembali. Sementelah dia mempunyai Fawwaz dalam hidupnya. Hati Ainnura masih inginkan Faith cuma Ainnura memberi syarat, sekiranya mereka ingin bersama semula, keluarga mereka hendaklah berbaik semula. Berjayakah usaha mereka dan mampukah dua keluarga yang bermusuh akan kembali berdamai.



PELAKON : Fikry Ibrahim, Zahirah Macwilson, Amyza Aznan, Sahronizam Noor, Mat Over, Kartina Aziz, Jalil Hamid 


Post a Comment

3 Comments

  1. Ria ekk?
    aduhai, x dpt la layan.
    kena klik utube.
    aida njoi jer.
    minat fikry. lakonan nyer menjadik lah :)

    ReplyDelete
  2. tak pernah tengok drama ni, tapi kalau tengok pelakon2 macam amyza adnan, mat over, katrina dengan jalil hamid macam ada unsur kelakar je

    ReplyDelete