Tuesday, December 17, 2019

KEBENARAN PULANG AWAL SATU JAM KEPADA PEGAWAI WANITA MENGANDUNG

Assalamualaikum. 
Cik Rose kongsikan satu pekeliling berkenaan Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Kepada Pegawai Wanita yang Mengandung. Kepada yang terlibat, bolehlah mohon.


PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2017

a) kemudahan ini diperuntukkan kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam lantikan tetap dan kontrak (contract of service); 

b) pegawai wanita yang mengandung lima bulan dan ke atas boleh dibenarkan menggunakan kemudahan ini; 

 c) pegawai boleh dibenarkan menggunakan kemudahan ini pada bila-bila masa, bermula apabila pegawai wanita mengandung lima bulan dan ke atas; 

d) kemudahan ini akan tamat sehari selepas tarikh akhir yang diluluskan atau pada tarikh mulanya Cuti Bersalin, mengikut mana yang terdahulu; dan 

e) penggunaan kemudahan ini adalah berdasarkan permohonan pegawai dan kelulusan Ketua Jabatan. Borang permohonan adalah seperti di Lampiran A yang diisi sekali sahaja bagi setiap kehamilan. Borang ini perlu dikemukakan seminggu sebelum kemudahan ini hendak digunakan bagi melicinkan urusan pentadbiran pejabat.




Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018.

Sumber : WEBSITE JPA

4 comments:

  1. Waalaikumussalam. alhamdulillah terbaik lah usaha ni ^_^

    ReplyDelete
  2. Akak tengah guna kemudahan balik awal sejam ni sekarang tapi sampai 31hb 1 je. Start 1hb 2 akak dah cuti.

    ReplyDelete
  3. inisiatif yg baik dr kerajaan. suami pun dpt untung ye.

    ReplyDelete