Friday, January 03, 2020

Best Nine 2019 di Instagram Cik Rose.

Assalamualaikum. 

Bila tiba pengujung tahun atau permulaan tahun, rata-rata pengguna Instagram mesti akan buat 'best nine' ni kan. 

Gambar atau video yang mempunyai like @ view tertinggi akan tersenarai dalam list tu. 

Cik Rose pun tak ketinggalan juga. Tapi, untuk tahun 2019 tak banyak gambar. Sebab apa? Banyak yang Cik Rose dah delete pada pertengahan tahun lalu. Ada suatu perkara yang berlaku dalam hidup, yang membuatkan Cik Rose ambil keputusan drastik padamkan banyak gambar. Tak terfikir nak jadikannya achive dulu. Setidaknya, boleh lihat balik kenangan lalu kan. Terlupa habis waktu tu. 

Itulah realitinya  diri Cik Rose ni. Kadang-kadang buat keputusan yang drastik tanpa fikir sedalamnya. Hihi. 

Tadaaa, inilah dia gambar yang terpilih : 


1. Malam Penghargaan buat penerima APC 2018
Adalah gambar kenangan malam Cik Rose menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018, kira-kira bulan Mac 2019 yang lalu. Bertempat di Johor Bahru. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. 

2. Selfie after try Althea Make Up 
Gambar selfie setelah Cik Rose memcuba barangan make up dari Althea. Memang best produk Althea ni. Cik Rose memang in love dengan set eyeshadow dari Althea ni. Kerjasama bersama Bunga Cinta Lestari. Lip tint yang super wow. Concealer yang the boom, tak pakai foundation pun okay je uols. Love Althea!

3. Drama Korea Yang Best! 
Ji Sung!!!! Lakonan yang best sangat dalam drama Doctor Room @ Doctor John. Memang Cik Rose ikuti drama ni dari awal hingga akhir. Scene - scene dalam drama ni memang dekat di ingatan Cik Rose. Cik Rose terbayangkan arwah Kakyang yang meninggal dunia pada 13 Jun 2019 yang lalu. (Mohon sedekahkan AlFatihah dan bacaan AlQuran buat kakakku, Rosliana Ruslan). 

4. KFC loaded bowl
Mashed potato penuh satu mangkuk! Di tambah dengan potongan kecil isi ayam, sedikit jagung dan cheese. Makan panas-panas, sedap. Tapi kena share. Banyak portion dia. Nanti korang tak habis. Hihi. Harga RM6.90. 

5. Kopi Ais Kaw Satu! 
Gambar kopi ais yang sememangnya sedap. Cik Rose beli di sebuah warung di Sungai Petani, dalam bulan April 2019. Sememangnya hebat penangan kopi ais ni sebab terpapar di bahagian top pada hashtag kopi ais di instagram. 

6. Bantal DAS
Bergambar dengan bantal yang super duper gebu. Sedapnya tidur dengan bantal DAS ni. Korang kena cuba juga. 

7. Selfie di pejabat.
Normallah selfie kan. Di mana-mana pun boleh. Gittew. Cik Rose cuba pakai tudung Ariani, pemberian adik Cik Rose. Thank you. 

8. Gambar selfie lagi
Cik Rose post beserta caption yang sedikit sayu. Setelah dapat perkhabaran arwah kakak sedang sakit masa tu. 

9. Gambar di penghujung Syawal. 
Cik Rose beraya di hospital tahun 2019. Berkampung kami satu sekeluarga di hospital, menjaga Arwah Kakyang. 


Itulah 9 gambar yang mendapat like tertinggi. 
Tahun 2019 penuh cerita. Ada suka, ada sedih. Semua tersemat di hati ini.

Boleh follow Cik Rose di instagram ya :
www.instagram.com/roshazareeza_ruslan





4 comments:

  1. Tak sempat buat pun lagi best nine untuk tahun lepas hehe

    ReplyDelete
  2. Nanti nak buat bestnine 2019 plak lah

    ReplyDelete
  3. hai kak..rabia pun buat best nine 2019 ni

    ReplyDelete
  4. ramai yg buat ni.
    aida x buat la.
    tak aktif ig :)

    ReplyDelete