Assalamualaikum.

Nasi lemak daun pisang. Dah susah nak cari nasi lemak daun pisang yang sedap dan yang kena dengan tekak. 

Memang ramai yang jual nasi lemak. Tak kisahlah nasi lemak yang mengekalkan tradisi keaslian rasa dah rencahnya, mahupun nasi lemak hipster. 

Kedua-duanya miliki penggemar tersendiri. Bergantung pada citarasa masing-masing. 



Nasi lemak di atas ni, menjadi salah satu nasi lemak yang Cik Rose suka. Sambalnya memang meletop top top. 

Hanya seringgit setengah sahaja. Memang puas hati! Sedap! 


Ada yang suka nasi lemak?