Wednesday, February 12, 2020

PENGALAMAN BUAT ROOT CANAL TREATMENT (RAWATAN AKAR GIGI) PART I

Assalamualaikum

Dah hampir dua minggu berlalu. Baru perasan, eh tak bercerita lagi pengalaman Cik Rose buat rawatan akar atau root canal treatment.

Dengar sahaja rawatan akar gigi, dah bikin hati Cik Rose gundah gelana. Pelbagai cerita didengar, pelbagai pengalaman telah di baca. aduhai, nak buat ke tak nak buat ni. Memang Cik Rose berkira-kira pada awalnya. Nak ke tak nak, nak ke tak nak.. Bukan lepak mamak. Tapi, lepak klinik ni. hihi. 

Dalam entry gigi depan sakit , Cik Rose dah cerita serba sedikit mengenai gigi ni. Kenapa dia sakit, bila sakitnya dan sejarahlah kiranya. hahaha. 

Doktor dah bagi tarikh 29 Januari 2020 untuk buat rawatan akar gigi. ada tempoh lebih kurang 3 minggu juga. Menanti dengan penuh debaran. Tapi, tak rasa sangat. Sebab Cik Rose amat sibuk pada bulan Januari. Sukan jabatan, aktiviti di perumahan, aktiviti di kem dan kena ke KL untuk berbengkel. 

Malam sebelumnya iaitu 28 Januari 2020, Cik Rose buat keputusan tak nak buat. Cakap dekat suami. Tak nak buat. Sebab dah takut tengok alatan yang akan digunakan. Cik Rose tengok dalam website kesihatan. Huhu. Takut!


Apakah rawatan akar gigi?

Rawatan akar gigi atau root canal treatment merupakan rawatan khusus yang dilakukan oleh doktor gigi anda untuk membaik pulih keadaan status gigi agar boleh berfungsi secara normal semula.
Rawatan ini dilakukan di bahagian tisu pulpa gigi dikebuk dan juga dibahagian akar gigi. Ia merupakan rawatan yang spesifik dan khusus agar gigi tersebut dapat digunakan semula atau dengan kata lain tidak dicabut. Biasanya ia dilakukan apabila gigi anda mengalami masalah kesakitan disebabkan oleh keradangan dan infeksi pulpa yang tidak dapat dirawat dengan cara tampalan atau ubat-ubatan.



29 Januari 2020.

Tibalah masa yang di nanti. Temujanji pukul 3 petang. Pagi tu datang kerja macam biasa. Oleh kerana suami tak dapat hantar ke klinik (kekangan waktu berkerja). Jadi, Cik Rose ambil keputusan naik grab untuk ke klinik. Boleh buat relax. Pukul 2.15 baru on grab. Alamak, takde pula grab. Cari dan terus cari. dalam 10 minit jugak. 

Lebih kurang pukul 2.25 petang, grab sampai. Jalan jammed la pulak. Sampai klinik pukul 2.50 petang. Tak masuk klinik. Terus call suami, cakap tak nak buat. Nak tahu apa kata beliau? Ikutlah, nanti sakit, sendiri yang rasa. Hahaha.Beliau malas nak layan sebenarnya, sebab setiap hari asyik tanya soalan yang sama. Nak ke tak nak buat ni. Pukul 2.55 petang, terima whatsapp dari mak. Mak doakan semuanya berjalan lancar. Baca je whatsapp mak, terus dapat kekuatan. 

Masuk klinik dan naik atas. Letak kad temujanji di kaunter. Dalam pukul 3.05 petang, doktor panggil nama Cik Rose sambil memegang kad rawatan. Cik Rose pun ikut masuk dalam bilik. Doktor tegur, lain kali kena datang awal. Temujanji pukul 3 petang, datang pukul 2.30 petang. Sebab pukul 3 petang tu patutnya dah mula rawatan. 


Cik Rose pun minta maaf. Cik Rose kan dok berkira-kira nak buat ke tak pada awalnya. Tu yang datang on time tu. Ingat ya, next time datang awal. Mudahkan kerja masing-masing. Bukan apa, bila kita lambat, pesakit seterusnya nanti lambat pula. Kesian pula kan. 





Rawatan Akar

Cik Rose baring dulu, doktor check dulu gigi. Nak pastikan gigi kita yang memerlukan rawatan tersebut. Doktor tanya ada sakit tak sepanjang menunggu tarikh rawatan ni. Lepas tu. Cik Rose di bawa untuk xray gigi. Comel je bila dengar nak xray. Satu kad kecil diletakkan di bahagian dalam mulut. Untuk makluman, gigi yang bermasalah adalah gigi depan sebelah atas(gigi arnab tu) hihi.

Selesai sahaja xray, kembali semula ke bilik rawatan. Best dapat doktor ni. Lembut jer cakap, doktor perempuan. 

Doktor akan bius dulu sebelum mulakan rawatan. Katanya akan rasa rasa sakit sedikit. Ternyata tidak benar ya tuan-tuan. Hahaha. Bius dicucuk sebanyak dua kali. Satu di bahagian gusi atas gigi bermasalah. Masa ni rasa mak ai, sakitnya. Haha. Lagi satu di bahagian dalam gigi. Lagi sakit! hahaha, sampai mengalir air mata, tapi tak de bunyilah. Still boleh handle gitu. 

*Sakit bius untuk kita juga. Supaya masa rawatan dijalankan, tak sakit :)

Lepas tu Cik Rose bangun untuk kumur sekejap, rasa pahit. 

Jeng jeng jeng.. bermulalah sesi rawatan. Doktor tanya, dah jalan ke ubat bius? Cik Rose tak tahu. hihi. Doktor kata tak apa, nanti kalau rasa sakit, cakap ya. Dia akan stop untuk tambah bius. Emm gerun pula rasa. 

Pertama sekali, mulut kita akan di pakaikan 'baju hujan'. Macam sarung tangan getah tu, doktor selit di bahagian gigi. Mungkin untuk memudahkan doktor fokus ke bahagian gigi yang sakit sahaja.

Cik Rose memang pejam mata jer sambil berzikir. Tak sanggup nak buka mata. Sebab Cik Rose nampak banyak pula alatannya. dan Cik Rose google berkenaan rawatan akar gigi, keluar gambar macam di bawah : 




Sepanjang rawatan dijalankan, alhamdulillah tak rasa sakit. Rasa ada sentuhan pada gigi kita, rasa gegaran ggrrrrr pada gigi, tapi tak sakit. Lama juga tempih rawatannya. Lenguh mulut nganga. hihi. Air liur pun asyik meleleh jer. Tapi ada penyedut air tu, kita pegang. So senang an, takdelah basah tudung. 

Mula lebih kurang pukul 3.10 petang dan berakhir pada pukul 4. 40 petang macam tu. Cik Rose ingat dah habis. Rupanya ini hanya proses sementara. Akan ada lagi sesi rawatan seterusnya pada 19.02.2020. Moga semuanya berjalan lancar. 

Selepas rawatan, doktor pesan kalau dala tempoh nak tunggu rawatan seterusnya ni, ada rasa sakit sikit-sikit, tu normal. Alhamdulillah, Cik Rose tak rasa sakit, cuma rasa tak selesa. 

Cik Rose memang elak makan dan minum yang panas dan sejuk direct ke mulut. Kalau air, memang guna straw. Kurangkan makan makanan yang keras dan manis. 


Serba sedikit tentang proses rawatan akar gigi : 


Prosedur Rawatan Salur Akar Gigi



  1. Rawatan ini mungkin memerlukan satu hingga dua atau lebih temu janji bergantung kepada tahap kerumitannya.
     
  2. Radiograf periapikal (X-ray) gigi akan diambil sebelum rawatan bermula. Ini adalah untuk melihat bilangan dan keadaan akar gigi yang bermasalah tersebut.
     
  3. Bahagian enamel dan dentin gigi akan dibersihkan dahulu di mana karies dibuang, seterusnya tisu pulpa yang reput akan dibuang dari kanal akar dan kanal dibentuk dan dibersihkan dengan bahan disinfeksi. Apabila selesai proses pembersihan, ubat dimasukkan ke dalam kanal akar dan kaviti pada bahagian korona gigi ditutup dengan tampalan sementara.
     
  4. Pada lawatan seterusnya, kanal akan dibersihkan semula dan ditampal dengan bahan tampalan akar (Gutta Percha) jika tiada sebarang tanda dan gejala
     
  5. Gigi akan ditampal tetap selepas rawatan kanal akar selesai.


Selesai sesi pertama. Sesi seterusnya pada 19.02.2020 ni. Moga semuanya berjalan lancar dan gigi Cik Rose tak sakit dah. 

Moral of the story : 
Jangan dengar cakap orang. Buat je. Insyaallah tak de ape-ape. Buat rawatan di klinik berhampiran ya. Jangan takut dengan doktor gigi. hihi. 


11 comments:

  1. Allahu ngeri lak rasa gigi ni. fobia ja sebenarnya. lepas dah buat, inshaAllah okay. saya la tu. huhu

    ReplyDelete
  2. Adui maakk. Ngilu rasa dah gigi ni. Dentist Kak Vit pun suggest suruh buat root canal tapi tengah dok kira-kira lagi ni. Seriau pun hado.

    ReplyDelete
  3. tengok tu pun akak ngilu kat gigi... lama jugak lah buatnya rupanya ye ingat dah siap rupanya kene buat lagi ek minggu depan... moga di permudahakan semuanya.

    ReplyDelete
  4. Paling ngeri nak jumpa dentist hihi...

    ReplyDelete
  5. Adoiii akak baca rasa seriau pulak. Bab bab gigi ni memnag seriau betul

    ReplyDelete
  6. Cik rose wat kt klinik mana? Nama

    ReplyDelete
  7. hi, nak tanya berapa total cost dia ae..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya buat di klinik kerajaan dan menggunakan GL (kakitangan kerajaan). Tiada bayaran dikenakan.

      Delete
    2. Dear..kalau dok kl nk murah buat kt klinik pergigian emerald..hrga dr rm600 je

      Delete