Assalamualaikum.
Jumaat lepas, Cik Rose masak kari ikan. Kari ikan tanpa santan. Sedap! ~puji diri sendiri done! hihi.
Kebetulan ada 2 ketul isi ikan jenahak. Dok fikir nak goreng ka nak buat sambal. Last-last buat kari tanpa santan. Sebab snatan tak ada di rumah masa tu. Tapi, memang sedap tau kari tak ada santan. Korang kena cuba.
Sekali gambar dalam periuk uols, live gitu.
Jom tengok resepinya
Resepi Kari Ikan Tanpa Santan Yang Sedap dan Mudah
bahan-bahan :
Isi ikan jenahak (terpulang nak guna ikan apa ya)
kacang bendi
3 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
Halba campur
1 tangkai daun kari
tomato (dibelah 4)
cili besar (di belah)
3 sudu makan serbuk kari ikan Cap O (dibancuhkan dengan sedikit air)- boleh guna cap lain juga.
1 tangkai daun kari
tomato (dibelah 4)
cili besar (di belah)
3 sudu makan serbuk kari ikan Cap O (dibancuhkan dengan sedikit air)- boleh guna cap lain juga.
garam dan sedikit gula
air asam jawa/ asam keeping
air asam jawa/ asam keeping
Cara-cara :
Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari serta halba campur hingga wangi. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari dan tumis lagi hingga garing atau pecah minyak.Masukkan air secukupnya. Kacau rata-rata dan biarkan ia mendidih. Kemudian masukkan ikan, cili besar dan kacang bendi. Perasakan dengan garam dan gula. Akhir sekali barulah dimasukkan air asam jawa dan tomato.
Dah siap!
Mudah sangatkan. Sebenarnya nak memasak ni, tak ada konsep betul atau salah. Ikut selera kita jer. Asalkan tekak merasa sedap. Jangan terlallu ikut resepi sangat. Pelbagaikan jer .
Masak ikut agak-agak ni , kadang-kadang lagi sedap kan.
Selamat mencuba tau. Resepi ni senang sangat. Tak ambil masa yang lama pun. Kejap je dah siap dan boleh terus makan. Ada pula sambal belacan, boleh menambah jadinya.
0 Comments