Resepi Daging Goreng Kunyit Yang Amat Mudah

Assalamualaikum. Masakan isteri adalah satu hidangan yang istimewa,  selain daripada masakan seorang ibu.. 


Hari ni nak cerita berkenaan air tangan isteri. Tak kiralah apa pun yang anda masak, sudah tentu encik suami akan makan kan? Walaupun ianya hanya masakan yang mudah. 

Memang masakan isteri macam ada magis kan. Rasa dia berlainan. Ada wow factor gitu. Maklumlah kita masak dengan niat yang ikhlas. Ditambah pulak dengan kasih sayang.  Juga dengan Bismillah, selawat, zikir lagi... kan? 


Resepi Daging Goreng Kunyit Yang Amat Mudah


Simple je sebenarnya masakan ni. Tapi, nak tahu tak, masakan ni lah menjadi kegemaran suami Cik Rose. Dalam banyak banyak hidangan yang pernah di masak, inilah yang menjadi kesukaannya dan telah duduk di carta hati beliau... hihi.. 

Lupakan sambal udang petai, asam pedas ikan parang, ikan bakar ala percik, masak lemak cili api ketam, ayam masak merah dan sebagainya.. Menu tu semua dah jatuh ke tangga yang bawah dalam carta. 



Ok, kat sini Cik Rose sertakan resepi ringkas Daging goreng kunyit ni ye.Memang simple sangat. Kejap je nak masaknya. Jimat masa dan tenaga.

Cik Rose ambil daging batang pinang. Lembut sikit kan. Bawang besar, potong bulat bulat. Pastu lobak merah. Ikutlah nak potong macam mana kan. Sedikit halia. Buat dua tau. Satu diketuk, satu lagi dihiris halus. Bawang putih dan merah dihiris jugak. Sedikit minyak 
dan kunyit. Haa itu je bahannya. 

Caranya pulak macam ni.. 
Panaskan kuali. Bila dah panas, masukkan daging dan halia yang diketuk tadi. Nak bagi air daging tu kering kan.. Bila dah kering, angkat dan buang halia tadi tu. Then, panaskan lagi kuali. Masukkan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah. Pastu masukkan daging dan halia yang kita hiris halus tu. Masukkan kunyit dan lobak merah. Kacau-kacau daging tu. Bila dah masak, masukkan bawang besar yang kita potong bulat tu. Perasakan dengan garam. 

Tadaaa.. dah siap pun Daging goreng kunyit. Heee.. Senang kan??.. 

Selamat mencuba! 







14 comments:

  1. husband pon suka daging goreng kunyit... belajar masak sbb dia suka makan ;)

    ReplyDelete
  2. mmg simple.. tp kalo deqla masak ni kompem tukar ngan ayam..sbb hubby kureng mkn daging...huhu...

    ReplyDelete
  3. sedap jugakkn..masak macm ni..=D

    ReplyDelete
  4. senang la mcm tu nak masak kan.. simple tapi sedap..

    ReplyDelete
  5. simple.. kak fifi pon suke masak macam ni.. tapi ros memang tak letak garam ke?

    ReplyDelete
  6. simple.. kak fifi pon suke masak macam ni.. tapi ros memang tak letak garam ke?

    ReplyDelete
  7. menu ringkas macamni selalunya cukup membuka selera

    ReplyDelete

Powered by Blogger.