Resepi Popia Sayur Yang Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum.

Hari ni nak kongsikan resepi yang sangat mudah dan yang penting sedap. Sesuai untuk buat saraoan atau minum petang. Makan ramai-ramai, lagi bertambah selera!

Kalau nak beli di luar, memang boleh. Tapi, tak puas makan orang kata. Tambah lagi kalau keluarga besar kan. 

Cara nak buat popia sayur goreng. Jarang juga buat sebenarnya. Tapi, bila berkumpul ramai-ramai sesama ahli keluarga, dok fikir nak makan apa kan. Ha itu yang terjadinya popia ni. 






Resepi Popia Sayur Goreng. 

Bahan untuk inti:

Bawang putih dan merah (hiris halus)
Taugeh
Lobak merah (diparut. Atau hiris halus)
Kacang panjang ( dipotong kecil)
Tauhu ( dipotong kecip dan digoreng sekejap)
Telur
Udang ( rebus seketika dan potong kecil)

Kulit Popia.


Cara masak inti: 

Tumis bawang putih dan merah. Bila dah kekuningan, masukkan lobak merah dan kacang panjang. Biar sebentar. Kemudian, terus masukkan tauhu dan udang.  Letak garam sikit. Last sekali, masukkan tauge dan telur. Gaul sekejap, terus angkat.  Siap dah inti. Boleh la balut dengan kulit popia. 


Popia ni makan dengan sos cili pun sedap. Tapi, kalau nak lagi umpp, buat sendiri kuah cili tu. 

Cara buat kuah cili popia : 

Bawang putih ditumbuk kasar.
Cili kisar
Cuka
Garam
Gula
Air

Campur je bahan-bahan ni dalam periuk. Masak guna api kecil sahaja. Dah siap. 



Selamat mencuba. 



Post a Comment

1 Comments

  1. Sedapnya... akak niat nk buat popia pun tak sempat lagi

    ReplyDelete