Cara Masak Kuey Teow Goreng Yang Sedap Macam Masakan Mak

Cara Masak Kuey Teow Goreng Yang Sedap Macam Masakan Mak. Assalamualaikum. Kalau kat kampung, kuey teow goreng ni antara menu wajib tau. Ramai penggemar. Kalau tak nak makan nasi, memang masak kuey teow goreng. 

Kadang-kadang beli, tak kena dengan tekak. Puas hati kalau masak sendiri kan. Boleh letak bahan yang kita suka. Daging ke, ayam ke, udang ke, eh macam-macamlah boleh letak. 

Tak kisahlah nak masak kuey teow goreng atau mee goreng, memang Cik Rose suka letak udang dan sotong. Tapi, style Cik Rose lain sikit. Cik Rose akan goreng dulu udang atau sotong yang dah digaul garam kunyit. Bila letak dalam kuey teow jadi sedap. Takde lah air udang atau sotong tu ganggu rasa kuey teow. 

Apa-apa pun, ikut selera masing-masing. Kita yang nak makan kan. Ikutlah cara kita sendiri. Wah gitu.


Resepi Kuey Teow Goreng

Bahan-bahan : 

Sebungkus kuey teow
Bawang putih dan merah - dikisar
Cili kisar
Sos manis ABC
Kicap
Fishball
Fishcake
Udang dan sotong - digoreng dahulu 
Telur
Tauge
Kucai
Tomato
Garam

Cara masak :

Tumis bawang yang di kisar. Kemudian masukkan cili kisar. Bila cili dah masak, masukkan pula sos manis ABC. Biar seketika, terus masukkan udang, sotong, fishball dan fishcake.  Boleh tambah air kalau nak basah-basah sikit kuey teow tu nanti. Dan masukkan telur, kacau seketika, dan perasakan dengan garam.

Kemudian, masukkan kuey teow. Tambahkan kicap, ikut kesesuaian.  Masukkan tauge, kucai dan tomato. 

Dah siap. 


Simple saje kan. Bolehlah cuba sendiri nanti di rumah. Makan ramai-ramai, memang berselera. Makan bertambah. 
Alhamdulillah. 


Selamat mencuba! 

No comments:

Powered by Blogger.