Resepi Sambal Ikan Merah

Resepi sambal ikan merah. Assalamualaikum. Selamat tengahari. Dah masak ke tu? Haa ni Cik Rose nak bagi idea nak masak apa. Masak simple jer. 

Sambal ikan merah. 

Sebut sambal, ramai penggemar sambal kan. Sambal ikan, sambal ayam, sambal udang, sambal sotong, sambal telur dan macam-macam lagi. 

Ada sambal, memang berseleralah nak makan. Pembuka selera dengan pedas-pedas manja tu. 

Nak masak sambal ni bukan mudah.  Nak dapatkan sambal yang sedap dan warna merah yang menarik tu memang mencabar. 

Minggu lepas, Cik Rose ada masak sambal ikan. Guna isi ikan merah. Masak dua ketul jer. Hihi. 

Tadaaa.. kejadian sambal. Cik Rose puas hati masak sambal kali ni. Rasa macam berjaya. Hikhik. 




Di sini, dikongsikan cara masak sambal ikan style Cik Rose. 

Resepi sambal ikan merah yang menyelerakan!


Bahan-bahan: 

Dua ketul isi ikan merah.
4 ulas Bawang putih -di hiris nipis
1 biji bawang besar - di hiris nipis
Sedikit halia - di hiris nipis
5 sudu besar cili kisar
Sedikit air asam jawa
Sedikit gula
Sedikit garam
Air - jika perlu
Minyak untuk menumis


Cara-cara: 

Ikan yang dilumur kunyit dan garam digoreng terlebih dahulu.Masukkan hirisan bawang putih, bawang besar dan halia ke dalam minyak yang sudah panas. Bila dah naik bau, masukkan cili kisar. Tunggu sampai cili tu betul-betul masak. Masukkan gula. 

Kemudian, masukkan air asam jawa. Masukkan pula ikan. Biar serasi kejap dalam kuali, boleh masukkan garam. Dah siap! 


Senang kan. 

Letak gula, warna sambal jadi cantik. Letak air asam jawa, sambal lagi sedap dan nampal berkuah sikit. Kalau letak asam keping, sambal macam kering sikit, jadi korang boleh tambah air. 

Ikut selera masing-masing. Tak ada salah. Tak ada betulnya. Semua pun boleh. Cara masing-masing. Oh ya, kali ni Cik Rose guna bawang-bawang yang dihiris jer. Tak kisar pun. Boleh je nak kisar. 

Selamat mencuba ya resepi sambal ikan merah ni. 

Kalau rajin, masak pula sayur bayam air. Alahai, mesti dua pinggan ni makan nasi. Hahaha.




1 comment:

  1. sedapnya cik Rose oi, akak kalau ikan merah selalu kalau tak kari asam pedas je hehehhe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.