Assalamulaikum.
Sabtu, 9 Ramadhan. Hampir satu pertiga bulan Ramadhan. Alhamdulillah.
Tahun ini, Ramadhan tanpa bazar. Ada yang terkesan bila tiada bazar Ramadhan. Kali ini, ramai yang mula memasak sendiri. Mahir atau tidak, tolak ketepi. Kita masak apa yang ada dan mampu.
Ikan masak kicap. Menu yang mudah disediakan. Tapi, kali ini Cik Rose kongsikan satu resepi yang lain sikit dari kebiasaan. Tambah perkataan berempah. Selalu, kalau masak kicap ni, Cik Rose akan tumiskan cili kisar sedikit. Untuk dapatkan rasa pedas-pedas manja dan untuk jadikan masakan kelihatan pekat, bukan jernih. Kali ini, berbeza. Tiada cili kisar.
Apabila masak setiap hari ni, kadang-kadang pening juga memikirkan menu. Nak masak apa lagi ni. Hihi.
Cik Rose buka peti ais dan nampak ikan tongkol. Selalunya memang masak sambal jer. Menu sambal ni ramai penggemar di rumah. Tapi, baru je masak sambal. So, cancel lah. Nak masak kari pula , stok santan dah habis. Jadi, terfikir sebentar untuk mencari idea. Maka, terhasillah menu mudah dan pastinya sedap iaitu Ikan Tongkol Masak Kicap Berempah.
Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Berempah
Seekor ikan tongkol - digoreng dahulu
Bawang putih, merah dan halia dikisar
2 sudu besar rempah kari ikan
3 sekawan - kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
Kicap manis dan kicap masin
Air
Tomato
Cili besar
Kentang - digoreng dahulu
Bawang besar @ bawang holland- dipotong bulat
Cara masak sangatlah simple. Cara biasa sahaja. Mula-mula tumiskan bawang dan halia yang dikisar tadi bersama 3 sekawan. Bila dah naik bau, masukkan rempah kari ikan. Tumis hingga rempah tu masak. Masukkan kicap manis dan kicap masin. Jika pekat, boleh tambah air. Biarkan seketika. Kemudian masukkan kentang dan ikan tongkol. Selepas itu bolehlah masukkan bawang yang dipotong bulat, tomato, dan cili besar.
Kalau guna kicap masin dan kicap manis, tak perlu tambahkan garam ya. Bertambah masin nanti!.
Rempah kari ikan tu yang menjadikannya lain. Sedap. Korang bolehlah cuba ya.
Pelbagaikan menu untuk berbuka. Berselera jadinya. Alhamdulillah.

1 Comments
Ikan tomgkol, memang sedap masak kicap aje, Sis pun sama, kalau beli tongkol, masak kicap atau kari sahaja...
ReplyDelete