Resepi Sambal Udang Yang Sedap dan Mudah disediakan untuk berbuka puasa

Assalamualaikum.

Menu untuk berbuka. Ramai yang kekurangan idea nak masak apa untuk berbuka puasa kan. Kalau  Cik Rose, ada sambal pun dah best! Pembuka selera. 

Siapa kata makanan pedas tak sesuai untuk berbuka? Kita masak, kita adjust sendiri tahap kepedasannya. 

Cik Rose kongsikan resepi sambal udang yang sungguh senang untuk dimasak. Ya betul. Mudah dan pastinya sedap. 

Sebenarnya, nak masak sambal ni lah paling susah bagi Cik Rose. Dulu, Cik Rose tak pandai nak adjust cili. Tak tahu macam mana keadaan 'masak sampai pecah minyak'. Hihi. 

Kadang-kadang sambal Cik Rose pedas sangat. Kadang-kadang cilinya tak cukup masak. Kadang-kadang warnanya tak wow. Hihi. Itu semua pengalaman. Cuba banyak kali baru menjadi. 

Dah ikut resepi pun, kadang-kadang tak jadi. 




Resepi Sambal Udang

Bahan-bahannya: 

Udang
Bawang putih, bawang merah- dikisar bersama belacan yang dibakar
Cili kering - dikisar
Asam keping atau air asam jawa
Gula, garam
Sedikit air


Cara-caranya :

Tumis bawang yang dikisar tadi hingga naik bau. Kemudian, masukkan cili kisar. Biar sampai cili kita masak. Boleh masukkan udang dan asam keping. Kalau kering, boleh tambahkan air. Bila udang dah masak, masukkan gula dan garam. Haa, dah siap! 


Simple kan? Kalau korang ada alahan dengan belacan, tak payah masukkan ya. Tapi, kalau tak ada alahan, boleh masukkan belacan. Nak sambal yang kick, jangan lupa bakar dulu belacan tu. Cik Rose letak kat dapur gas je. Hihi. 

Cubalah. Lauk yang simple macam ni, pembuka selera kita. Jangan buat pedas sangat. Korang adjust jumlah cili tu. Jangan letak banyak. 


Selamat mencuba resepi sambal udang dari Cik Rose ni.


2 comments:

  1. Nampak sedap dan menyelerakan tu! hehe

    ReplyDelete
  2. Tengok kuah sambalnya banyak, terus terbayang, cecah dengan roti jala pun sedap, wuuu laparrr

    ReplyDelete

Powered by Blogger.