Saturday, May 23, 2020

Resepi Biskut Peanut Butter Sukatan Cawan Yang Sedap dan Mudah

Resepi Biskut Peanut Butter Sukatan Cawan Yang Sedap dan Mudah.| Assalamualaikum. Tiba di pertengahan Ramadhan, ramai yang mula memanaskan oven. Mencuba pelbagai resepi. Tradisi keluarga, sediakan kuih /biskut raya. 

Buat ramai-ramai bersama ahli keluarga,  meriah jadinya. Waktu pun dapat dimanfaatkan bersama. Bahagi-bahagi tugas di dapur. Rindu memori macam tu kan. Tak ramai yang berpeluang untuk menikmatinya lagi dek kerana kekangan tugas. Namun, tahun ini berbeza. Ramai yang duduk di rumah, jadi dapatlah meluangkan masa bersama keluarga. 

Walau ramai yang membeli sahaja kuih/biskut raya,  masih ada yang mahu membuat sendiri kuih dan biskut raya. Puas dapat makan air tangan sendiri. Lebih gembira melihat ahli keluarga kita berselera makan. 

Baru-baru ni, Cik Rose ternampak perkongsian di group Masak Apa Hari Ini. Perkongsian resepi Biskut Peanut Butter versi dulu-dulu. Wah sedapnya! Teringat masa kecil-kecil makan biskut peanut butter ni tau. 



Sekarang ni dah susah nak jumpa orang jual. Kalau ada pun, dia macam rangup. Tak gebu sangat. Mungkin sukatan peanut butter dikurangkan. Maklumlah, mahal juga kan harga peanut butter di pasaran. 

Resepi biskut raya sukatan cawan

Ye, sukatan cawan! Ni yang best dan senang nak cuba. Tak payah timbang-timbang. Terima kasih buat Aisyah My yang sudi berkongsi resepi biskut peanut butter ni. 


Jom kita tengok resepinya.

Resepi biskut peanut butter 



Bahan-bahannya:

1 1/2 cawan marjerin ( Cik Rose guna buttercup yang dalam tong).
1 cawan gula halus
3 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
2 cawan tepung gandum ( kalau rajin  sangai)
2 cawan tepung jagung
1 1/2 botol kecil peanut butter lady choice (200 gm) - Cik Rose guna 2 botol
Kismis hitam


Cara-caranya:

1. Satukan marjerin ( 1 cawan dulu) dan gula halus dan pukul dengan senduk kayu hingga berkrim.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3.Masukkan tepung gandum dan tepung jagung dan gaul rata.
4.Masukkan peanut butter dan gaul rata dengan tangan hingga adunan lembut ( Bila dipicit tak merekah. Kalau kurang lembut boleh tambah marjerin atau peanut butter hingga lembut.Kalau lembik,tambah sedikit tepung gandum.
5. Bentukkan adunan kepada bebola kecil ikut saiz acuan.
6. Letakkan kismis ke dalam acuan dan tekan adunan ke dalam acuan.
7.Bakar pada 180 celcius selama lebih kurang 15-20 minit bergantung kpd oven.


Baca : RESEPI MURTABAK MACAM BAZAR RAMADHAN




Mudah kan? Sedap pula tu. Nak berlemak biskutnya, lebihkan peanut butter. Nyummy sangat tau. Memang puaslah makan. 

Bakar ikut oven masing-masing. Kena try and error juga. Tengok dah masak ke belum kan. Oven kita ni lain-lain. 


Resepi biskut raya old school jadi pilihan 

Apapun, Alhamdulillah menjadi biskut peanut butter ni. Bukan senang nak cari resepi sukatan cawan. Bila dah ada ni, memang kena save dan share lah dengan korang. Perkara yang baik, harus dikongsi bersama gitu! 

Kalau nak buat, kena beli acuan lebih yer. Kalau ada satu jer, bercintalah nak siap. Lama tau. Boleh lenguh bahu dan pinggang nanti. hikhik. 

Ada yang panggil biskut peanut butter ni biskut opah! hihi. Sebab memang dulu-dulu orang rajin nak buat. Biskut ni juga sebenarnya makan modal juga. Peanut butter tu la, menggetarkan hati ni sikit. hahaha. 

Yang penting, resepi ini boleh dipercayainya. Menjadi. Lihatlah kejadian biskut yang Cik Rose buat ni. Alhamdulillah. 

Selamat mencuba!


2 comments:

  1. First time tahu pasal biskut nie.. Nampak menarik..

    ReplyDelete
  2. Biskut ni mmg sedap. Tiap kali raya, mesti ingat biskut ni. Masa kecik2 dulu, selalu tolong kakak sy buat ni. Kami panggil Keringka Kacang. Hmmm...rindu kakak...

    ReplyDelete