Resepi Cucur Jagung Paling Mudah Disediakan

Resepi Cucur Jagung Paling Mudah Disediakan. Assalamualaikum. Cucur. Aneka cucur boleh disediakan. Sama ada untuk sarapan pagi, minum petang atau pun makan malam.

Cucur bawang, cucur ikan bilis, cucur jagung dan banyak lagi.  Terpulang pada citarasa masing-masing.

Kali ini,  Cik Rose nak kongsikan resepi mudah. Cara untuk menyediakan cucur jagung. Memang terangkat. Makan bertambah-tambah. 

Kebetulam, ada lebihan kari ikan tongkol. Jadi, Cik Rose sediakan cucur jagung pula. Tidaklah membazir kan. 



Apa yang diperlukan untuk buat cucur jagung? Hanyalah tepung gandum,  jagung, garam dan air. Ya, itu bahan asasnya. Boleh tambah isi udang, bawang dan sedikit pewarna untuk menaikkan seri cucur jagung. 

Memang mudah sangat. Resepi yang mudah, tetapi amat menyelerakan! Kalau tak ada kari,  cicah dengan sos cili. Wow sangat! 



Cubalah sendiri ya.  Pelbagaikan menu. Kadang-kadang kita tak ada idea nak masak apa. Bolehlah buat cucur jagung ni sendiri ya. 


Makan panas-panas,  memang kejap je habis. hihi. Lembut di dalam dan rangup di luar. Boleh bancuh tepung tu menggunakam air panas. 

Post a Comment

1 Comments