Cara Mudah Daftar Aplikasi MySejahtera . Assalamualaikum. Sejak semalam, ramai yang memperkatakan tentang aplikasi MySejahtera. Pengumuman dari kerajaan yang akan mengkreditkan RM50 ke dalam e-wallet buat mereka yang memuat turun aplikasi MySejahtera benar-benar membuatkan ramai yang berminat.
Dalam tempoh satu jam sahaja, talian sesak akibatbramai yang memuat turun! Sehingga terjadinya kesesakan dan menyukarkan proses pendaftaran.
Jom muat turun MySejahtera sekarang!
Di sini, Cik Rose kongsikan cara-cara daftar aplikasi MySejahtera. Ianya mudah dan mengambil hanya sedikit masa sahaja.
Boleh pergi ke Google Playstore atau App Store. Cari ' MySejahtera' dan muat turun.
Kemudian, klik pada ' daftar sini'.
Pendaftaran boleh dibuat dengan menggunakan nombor telefon atau email.
Sekiranya mendaftar melalui nombor telefon, korang akan menerika notifikasi sms yang mempunyai kod OTP. Masukkan kod OTP di ruangan yang disediakan.
Namun, jika korang mendaftar menggunakan email, korang akan menerima email daripada MySejahtera dan terus klik pada pautan pengesahan.
Kemudian, masukkan butiran pendaftaran, tetapkan kata laluan dan klik 'sahkan'. Letak kata laluan yang mudah korang ingat ya. Jangan nak berbelit-belit, last-last lupa pula. hihihi.
Pendaftaran berjaya! Tekan tutup, untuk kembali kepada paparan log masuk.
Sangat mudah untuk mendaftar MySejahtera!
Mudah kan. Jomlah daftar sekarang. Tapi, hingga kini Cik Rose tak dapat nak log in akaun MySejahtera Cik Rose. Tak tahu kenapa. Dah berjaya daftar menggunakan nombor telefon dan dah pun tetapkan kata laluan. Bila nak log in, tak boleh pula. Mungkin sistem 'hang' kot.
Silakan share entry ini untuk manfaat bersama ya. Share lebih mudah. Janganlah pula copy. Kesian Cik Rose menaip malam-malam ni. hihi.

0 Comments