Resepi Biskut Kacang Sukatan Cawan Yang Sedap

Resepi Biskut Kacang Sukatan Cawan Yang Sedap . Assalamualaikum. Sebelum ni, Cik Rose ada kongsikan resepi biskut yang sempat Cik Rose dan keluarga buat masa bulan puasa. 

Antara biskut yang sempat kami buat adalah Biskut Peanut Butter, Biskut Koko dan Biskut Kacang. Ada yang panggil biskut mazola. Cik Rose tak tahu apa beza biskut kacang dan biskut mazola. Pada tekak Cik Rose sama sahaja. hihi. Namun, ianya berbeza. 



Biskut Kacang ni resepinya sangat mudah. Mak lah yang cakap. Bahan tak banyak, dan kalau buat satu adunan, dapat banyak biji. Dahla sedap, tak muak, dapat banyak pula kan. Memang ekonomi sangat. Biskut kacang ni, memang mak selalu buat time raya. Ramai peminatnya di rumah kami ni. 

Lagi satu,  air tangan mak kan. Buat apa pun, memang sedap sangat di tekak anak-anak. Cik Rose bersyukur dapat rasa air tangan mak. Terima kasih mak. 



Di sini, Cik Rose kongsikan resepi bisku kacang ikut cara mak. Sukatan cawan. Sangat mudah. Tak perlu nak sukat atau nak timbang. 

Jomlah cuba. Mana tahu, ianya juga akan menambat hati korang. 


Resepi Biskut Kacang Sukatan Cawan

Bahan-bahannya

2 cawan kacang tanah - goreng tanpa minyak. kemudian, buang kulitnya dan kisar. Cik Rose buat dua jenis. Separuh kisar halus dan separuh lagi kisar kasar.
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam halus
3/4 cawan gula aising - boleh kurangkan jika tak nak manis. 
1 cawan minyak mazola - Cik Rose guna minyak masak biasa sahaja.  
1 sudu kecil baking powder

Untuk hiasan

-kuning telur + pewarna kuning ( campur sedikit esen vanilla
Kacang yag dibelah dua


Cara-cara:

campur semua bahan sekali sampai menjadi doh,dan canai rata, tekap bentuk citarasa masing-masing. sapu kuning telur dan letakkan kacang di atasnya. Bakar pada suhu 130°c dalam 15 minit -  ikut oven masing-masing. 


Baca : Resepi Biskut Koko





Pada dulang tu,  Cik Rose sapu marjerin sikit dan taburkan tepung. Tak nak biskut ni melekat. Terpulanglah nak letak atau tidak ya. 


Selamat mencuba!

Tak kira musim raya atau bukan musim raya, biskut ni jadi pilihan ramai. Sebab ada kacang kan, ianya tidak muak. 

Boleh jadikan aktiviti di dapur bersama anak-anak. Ada yang plan nak balik kampung selepas 10 Jun kan? Bolehlah buat biskut ni dan kirimkan untuk yang tersayang. 






Post a Comment

1 Comments