Resepi Sotong Masak Serai Bersantan Yang Sedap dan Mudah

Hot

6/recent/ticker-posts

Resepi Sotong Masak Serai Bersantan Yang Sedap dan Mudah

Resepi Sotong Masak Serai Bersantan Yang Sedap dan Mudah. | Assalamualaikum. Siapa penggemar sotong? Selalunya kalau ada sotong, Cik Rose mesti buat sambal atau goreng tepung. Itu je yang berselera. hihi.

Tapi, bulan Ramadhan yang lepas, mak Cik Rose masak resepi baru. Sotong masak serai bersantan. Alahai, sedapnya! Nak kata masak lemak cili padi bukan, sebab dia pekat. 


Makan memang bertambah. Tak cukup seekor. Mak potong sotong ala-ala spring tu. Lagilah nampak menarik, tertarik!  Nak potong kecil pun boleh. Pilihan masing-masing. 





Cara masak pun mudah. Bahan pun tak banyak. Hanya gunakan bahan asas yang kebanyakkannya ada di dapur. 


Jom kita tengok Resepi Sotong Masak Serai Bersantan Yang Sedap dan Mudah ini. 


Bahan – bahan: 

Untuk pes:


• kunyit hidup

• 3 sudu minyak masak
• 6 tangkai cili merah
• lengkuas
• 1 biji bawang Holland
• 1  kotak santan kecil 

Untuk masak:

●  sotong
● 2 batang serai
● 3 helai daun limau purut
● garam


Cara membuatnya: 

  1. Potong semua bahan untuk membuat pes dan letak ke dalam blender. 
  2. Masukkan 1/2 kotak Santan. Kisar sehingga menjadi pes. Simpan 3 sudu besar pes untuk perap sotong.
  3. Bersihkan sotong. Perap dengan serai, daun limau purut dan pes tadi.
  4. Panaskan minyak dan masukkan lebihan pes, 1/2 kotak  Santan dan garam. Masak sehingga pecah minyak. Tak perlu tambah air ya. Dah siap. 

Baca juga : Cara Masak Sambal Udang




Selamat mencuba!

Sesekali ubah selera kan, apa salahnya. Cuba sesuatu yang berlainan. Pelbagaikan menu harian, mana tahu menambat selera suami dan anak-anak kan. 

Nampaknya menu ni akan selalulah diulang masaklah. Kena dengan selera Cik Rose. hihi. 



Post a comment

8 Comments

  1. Uihh nampak sedap tu.. biasa buat sambal jerk.. x pernah lagi masak macam ni.. boleh la cuba nanti..

    ReplyDelete
  2. nampak sedap tu, boleh cuba nanti nih

    ReplyDelete
  3. menggoda sotong bila potong rupa gitu... nk tryla resepi ni nanti.. tq cik rose kongsi resepi

    ReplyDelete
  4. Bahan2nya pun macam masak lemak cili padi je..

    ReplyDelete
  5. First time jumpa resepi ni. Boleh cuba pasni. Nampak sedap dalam gambar tu.

    ReplyDelete
  6. Tengok gambar je pun sudah mengidam dah... kena cuba resepi ini nanti bila dapat beli sotong.

    ReplyDelete
  7. nampak macam menarik
    mesti sedap nih

    ReplyDelete
  8. Mengancam sotong tu.. boleh buat nanti ni.. nampak sedap!

    ReplyDelete