Review Pudding Cream dari Pure Beauty

Review Pudding Cream dari Pure Beauty.| Assalamualaikum. Lama pula rasanya tak menulis tentang kecantikan, tentang penjagaan wajah. Skincare routine kata omputih. Hihi.

Bukan tak mengamalkan, cuma kekangan masa sedikit. Cik Rose masih mengamalkan penjagaan wajah macam biasa. Masih mengekalkan beberapa produk dan telah mencuba juga beberapa produk baru. Yang mana sesuai dengan kulit, haruslah dikekalkan. Didik diri untuk berdisplin pakai setiap hari. No malas-malas ok.

Ok, kita terus saja ke tujuan utama entry ini ditulis. Berkenaan pelembab wajah. Ataupun moisturizer. Ha, korang pakai tak moisturizer? Ke memang tak pakai sebab dah natural beauty? Untungla kan. Hihi.

Nak dapatkan kulit wajah yang bersih, bukan mudah. Kena tahu jenis kulit dahulu. Kena try and error dulu sesuatu produk. Kulit kita tak sama. Ada yang berkesan bila guna produk A, dan ada yang sebaliknya. Sebab tu penting mengenali jenis kulit kita. 

Kulit normal, kulit kering, kulit berminyak , berjerawat dan lain-lain. Pemilihan pencuci wajah, toner dan pelembab wajah berbeza bagi setiap jenis kulit. Kalau main pakai, jer, takut makin bermasalah. 


Pudding Cream dari Pure Beauty





Apakah pudding cream ni? Sejenis puding ke? No, no ,no. 


Dengan gabungan unik Gigawhite, Niacinamide, Oligo-HA, Pink Flower Complex dan Alps Rose, kulit wajah anda akan kelihatan rosey dan dewy. Ianya krim pelembap bertekstur ringan yang beri hidrasi pada kulit wajah kita, tidak kira cuaca.


Itulah serba sedikit mengenai Pudding Cream.


Review Jujur Berkenaan Pudding Cream dari Pure Beauty.


Harus diingatkan, entry ini bukan entry berbayar ya..Secara sukarela Cik Rose mahu berkongsi cerita. Tak salahkan kalau nak share benda bagus. Bawa manfaat juga kan.

Cik Rose dah pernah pakai pudding cream ni. Ianya sesuai dengan keadaan kulit wajah Cik Rose. Cik Rose tak mengalami sebarang alahan bila menggunakan pudding cream ni. Seingat Cik Rose, kali pertama pakai pudding cream pada tahun 2018. Namun, pertengahan tahun 2019, Cik Rose stop.




Kenapa stop? Sebab pudding cream dah habis. hihi. Kebetulan masa tu nak cuba produk lain. Tergoda dengan tekstur satu pelembab dari Korea ni. Siapp ada Rose Petal dalam tu. Rupanya tak sesuai. Sebab bila pakai, naik biji-biji kecil pula dan rasa agak gatal sedikit. Tak berani nak teruskan pemakaian, takut makin teruk. 

Walaupun produk tersebut mahal, tapi tak sesuai dengan kulit Cik Rose. Bukan produk tak bagus yer. Kita kena ingat, jenis kulit kita berbeza-beza. Cik Rose tengok ramai yang review cakap best. Apakan daya, tidak pada kulit Cik Rose. 

Sejak itu, Cik Rose tak pakai pelembab. Hanya teruskan dengan essence dan serum sahaja. Serum pakai, kalau ingat. Pakai kalau rajin sebelum tidur. Sebab kadang-kadang tertidur gitu je kan. Sedar-sedar dah pagi. Hihi.


Pudding cream ni tak melekit. Ia meresap dalam kulit. Lepas pakai, tak rasa berminyak. Rasa lembut dan sejuk-sejuk gitu kulit. Best! Makin lama pakai,kulit jadi licin dan sedikit cerah. Ini kesan pada kulit Cik Rose lah. Sebab tu Cik Rose ulang beli dan pakai. Susuah nak jumpa produk yang kena dengan kulit sendiri. Bila dah jumpa yang sesuai, haruslah setia kan. 






Harga Pudding Cream dari Pure Beauty


Selalunya harga dalam lingkungan RM41.++. Kalau ada sale diskaun, dapat dalam RM3+.++. Sebab tu bila Watsons buat sale diskaun smpai 40%, Cik Rose terus grab. Harganya tinggal RM25.++. Memang berbaloi! 

korang guna pelembab apa? Jomlah share dengan Cik Rose. Tapi, jangan cuba-cuba nak goda ya. Sebab Cik Rose nak cuba setia dengan Pudding Cream ni. hihi. 


Post a Comment

1 Comments

  1. saya guna some by mi sekarang hehe. so far that one yg suits with my skin la. susah nak cari skincare yg sesuai and effective dgn kulit saya huhu.

    btw jemput la join ga saya yg tak seberapa ni hehe.
    https://azraq-hydrangea.blogspot.com/2020/06/first-giveaway-by-nufaa.html

    ReplyDelete