Thursday, June 04, 2020

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum. 
Lama rasanya tak menulis. Hampir dua minggu. Pertama sekali, Cik Rose ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam. Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini. 

Tahun 2020, sedikit berbeza raya tahun ini. Satu dunia diuji dengan kehadiran virus covid-19. Negara kita juga sedang dalam tempoh PKPB.  Kita tidak dapat pulang ke kampung - merentas negeri seperti kebiasaan yang kita lakukan. 

Namun, seharusnya Hari Raya kita sambut dengan penuh kesyukuran. Hari kemenangan kita setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan. 

Bagaimana sambutan raya kalian? Cik Rose beraya bersama keluarga di sini. Hikmah PKPB, keluarga Cik Rose ada di sini. Tak dapat pulang ke Kedah. 


Namun, apabila Cik Rose dapat beraya dengan mak ayah di sini, teringat pula abang dan adik lelaki Cik Rose. Beraya keseorangan di Kedah dan seorang lagi di Cyberjaya. Apakan daya....


Buat kuih raya bersama keluarga


Ya, raya kali ini berbeza. Aktiviti buat kuih raya tercapai jua. Buat ramai-ramai meriaj jadinya. Tahun ini, dapatlah jua buat tiga jenis kuih. Kuih mazola, kuih coklat, dan kuih peanut butter. 


Kuih mazola pilihan pertama. Resepi mak. Mudah sahaja, ikut sukatan cawan. Rasamya sedap ikut tekak sendiri. Memang selalu mak buat kalau raya. 


Kuih koko. Pilihan Cik Rose. Sebelum ni, mak buat ikut acuan samperit - bentuk bunga dahlia. Kali ni, terap guna acuan pula. Gara-gara cari acuan tak jumpa di kedai-kedai . hihi. 


Baca juga : BISKUT KOKO IKUT SUKATAN CAWAN



Biskut peanut butter. Pertama kali mencuba. Mak yang bancuh adunan ni. Tugas Cik Rose tekan dalam acuan dan letak kismis. Lambat buat kuih ni sebab acuan ada satu sahaja. 




MENU PAGI RAYA PERTAMA

Tak sempat ambil gambar makanan sebenarnya. Sibuk ke hal lain. hihi. Antara menu raya kali ini adalah rendang daging, nasi impit dan soto. Lepas tu suami beli lemang.

Rendang daging air tangan mak. Memang terbaik. Terima kasih mak. 



Gigih tau sehari sebelum raya pergi beli bekas kuih ni. Dah tentu purple jadi pilihan hati. Warna lain yang ada adalah pink, hijau dan biru. Mestilah purple yang dibeli. hihi.


Selain tiga jenis kuih yang Cik Rose buat, ada beberapa jenis kuih yang Cik Rose beli. Antaranya kuih tart nenas, kuih kacang peas, kuih red pearl dan tart nutella. 

Meriah dengan kuih raya! 


Tahun ni tak ada baju raya.  Memang tak beli, bukan boleh ke mana kan. Jadinya, kita beli karpet raya. hihi. Beli dua keping. Pattern lain-lain. Satu yang karpet viral 2020 dan satu karpet gebu. Ha puas hati. 




Ok, sehingga berjumpa di entry lain. Jaga diri ya. Hadkan waktu keluar ya. Jaga kesihatan. Jaga kebersihan. 



3 comments:

  1. selamat hari raya cik rose..:)

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya

    biskut lama yg tidak dilupai, peanut butter susah nak jumpa

    ReplyDelete