Kopi Ais Viral di Jitra, murah dan sedap.

Kopi Ais Viral di Jitra, murah dan sedap. Assalamualaikum. Baru-baru ni, Cik Rose balik kampung. Dapatlah balik kejap sebelum suami masuk ops 3 bulan ni kan. 

Balik Kedah. Jitra, rumah mertua dan Merbok rumah family Cik Rose. 

Biasalah dok scroll fb, then ternampak kawan share makan apa best di Kedah. Eh ternampak pula kopi viral ni. Teringinnya. Mengancam je nampak. Sekali baca, di Jitra. Eh eh. macam tahu- tahu je kita balik Jitra! 

Cik Rose ajak suami gi beli. Mulanya tak tahu kat mana. Tapi, dekat fb tu dia siap bagitau apa yag berdekatan. So senanglah. Memang terus jumpa jer la. Thank you penulis fb tu. 


Kedai Cik Tun. Di Gerai Koleh Komuniti Bandar Darul Aman, Jitra. Tepi Dominos Pizza. 

Tadaaa, kopi ais milikku. 





Sesampainya di gerai tu, dah nampak ada yang beratur. Agak panjang juga barisannya. So, Cik Rose pun masuk barislah. Sambil mata dok tengok-tengok apa yang orang depan order. hihi. 


Apa lagi yang ada? 

Bukan hanya kopi. Ada juga Milo, mangga, bandung dan lain-lain. Semuanya special uols. 

Cik Rose order kopi ais ni. Apa yang menarik, lapisan atas dia tu adalah susu blended. Bawah kopi. Pastu ada ape lagi entah atas lapisan susu tu. Memang sedap tau. Ada yang ikat tepi, lagilah menarik. Panas-panas cuaca ni, minum kopi ais memang nikmat! 


Apa yang lagi buat Cik Rose terkejut adalah harganya. Kopi ais ni hanyalah RM2. Ya, dua ringgit. Mana nak dapat kopi dua ringgit sedap tara ni. Kalau tempat hipster-hipster, emmm kirim salam la kan. 

Kedai ni bukan baru ya. Jangan ingat baru viral. Kedai ni dah lama. Walau dah lama, tetap ramai  yang berkunjung. Sudah semesti kerana rasanya yang padu. Dan harganya yang murah. 

Cik Rose memang puas hati. Semoga terus maju jaya buat kedai Cik Tun ni. Kalaulah dekat, dah tentu Cik Rose jadi pelanggan setianya! hahaha. 


Post a Comment

2 Comments

  1. waahh menarik. nampak best, murah lak tuuu.. tapi jauh nyaaa kat Jitra

    ReplyDelete
  2. nampak pekat likat melekat rasanya tu cik rose... gila murah banyak tu rm2 kalau kat kl ni mana la nk dapat

    ReplyDelete