Assalamualaikum. Drama bersiri terbaru di TV3, pukul 7 malam kini sedang bersiaran. Drama bertajuk 7 Hari mencintaiku 2. Kenapa 2? Sudah tentu drama ini adalah kesinambungan drama 7 hari mencintaiku lakonan Shukri Yahaya dan Siti Saleha.
Drama ni dapat sambutan hangat dari penonton. Menguji tahap kesabaran kita! Penuh emosi. Cik Rose sendiri mengikuti drama ini dahulu. Boleh baca kupasan dari Cik Rose, DI SINI.
Kali ini, ada sambungannya. Pastinya lebih dramatik. Dengan tambahan beberapa watak, menjadikan kita geram bila menontonnya. hihi. Cuma ada perubahan pada watak Pak samad lakonan Aman Graseka. Kali ini watak Pak samad dilakonkan oleh Kazar.
SINOPSIS DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU 2 LAKONAN SHUKRI YAHAYA DAN SITI SALEHA
Mia Adriana dan Khuzairi melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua. Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati dan Dato’ Johari kembali dengan dendamnya. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan. Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila tak kurang hebatnya. Nadia putus tunang dengan Zaidi. Helmi bercerai dengan Sofi dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya. Nurul Ain muncul dalam hidup mereka. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya.
Khuzairi betul-betul gembira selepas mengetahui isterinya mengandung anak yang kedua. Mia pula belum bersedia kerana dia takut jika sepanjang kehamilannya, rumah tangganya bergolak dan terpaksa bersalin sendirian sepertimana dia bersalinkan Alisa dahulu. Helmi pula mula bersikap dingin dengan Sofi disebabkan mereka masih belum dikurniakan cahaya mata. Helmi terlalu mengharapkan anak dari perkahwinannya lebih-lebih lagi selepas dia mengetahui Mia mengandung anak yang kedua. Puan Hayati pula berjaya dengan rancangan jahatnya, di mana Nadia tiba-tiba mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan dengan Zaidi disebabkan cintanya beralih arah kepada Fariz, lelaki yang dikenali melalui Puan Hayati. Pak Samad mengamuk, begitu juga dengan Mak Leha.
Demi isterinya, Khuzairi sanggup buat apa sahaja di mana dia tidak akan mengambil Syakila bekerja di kliniknya walaupun pada mulanya dia sudahpun bersetuju disebabkan Syakila merayu-rayu kepadanya. Mia tahu niat sebenar Syakila ingin bekerja di klinik adalah untuk memihat Khuzairi semula kerana Khuzairi adalah cinta sejatinya. Ketika berada di rumaah Pak Samad, Puan Hayati sengaja cari peluang untuk mendekati Pak Samad, pura-pura pengsan dan memegang Pak Samad semata-mata untuk melihat Mak Leha cemburu. Dalam pada itu, Helmi menceraikan Sofi dengan talak satu disebabkan rasa tercabar dengan bapa mentuanya iaitu Dato Johari yang memburuk-burukan dirinya di depan Sofi. Dia menuduh Sofi mandul. Dia juga akan berkahwin dengan Linda kerana dia inginkan zuriat di dalam perkahwinannya.
Setelah didesak, Khuzairi berjanji pada Mia tidak akan mengambil Syakila bekerja di kliniknya kerana bimbang Syakila akan pikat semula Khuzairi. Manakala rumahtangga Helmi dan isterinya Sofi tidak lagi aman selepas bapa mertuanya, Datukk Johari tinggal bersama-sama. Helmi bertengkar dengan Dato Johari. Helmi kemudiannya menceraikan Sofi dengan disebabkan mandul. Dia berhasrat akan berkahwin dengan kekasihnya Linda. Mak Leha memarahi Nadia selepas mengetahui anak gadisnya memutuskan pertunangan dengan Zaidi disebabkkan kekasih yang baru dikenali melalui Puan Hayati bernama Fariz. Hayati membuat fitnah kononnya Pakk Samad cuba mengodanya dan mengambil kesempatan semasa mereka bersama-sama. Sebenarnya Hayati cuba memasang perangkap dan merancang supaya Mia bercerai dengan Khuzairi.
PELAKON : Shukri Yahaya. Siti Saleha, Kazar Saisi, Liza Abdullah, Jasmin Hamid, Shaharuddin Tambi, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifli, Jaja Iliyes, Bil Azali, Dhia Irdina, Puteri Rafasya, Faye Kusairi

1 Comments
layannnn :)
ReplyDelete