Cara Claim RM50 ePenjana Melalui eWallet dan MySejahtera

Cara claim RM50 ePenjana melalui eWallet dan MySejahtera. Assalamualaikum. Baru-baru ni, kerajaan mengumumkan kemasukan RM50 jika kita muat turun aplikasi MySejahtera. 

Ada yang dah tebus?

Suka Cik Rose ingatkan yang ianya bukan automatik ya. Kita perlu 'claim' terlebih dahulu, seterusnya ia akan diproses. Kemudian, jika berjaya, kita akan menerima RM50. 



Gambar di atas ini adalah gambar Cik Rose berjaya dapat RM50 tu. Lebih kurang pukul 11 pagi macam tu Cik Rose claim. Alhamdulilah. Macam dapat duit raya rasanya. 

Nak claim, kita kena download apps eWallet dan apps MySejahtera terlebih dahulu. 


Untuk lebih jelas, Cik Rose kongsikan pautan dari laman web touch n go seperti di bawah. 


Sumber : ePenjana




Program ePENJANA

Touch 'n Go eWallet diumumkan sebagai e-dompet rasmi bagi Program ePENJANA yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi menggalakkan rakyat Malaysia mempraktikkan transaksi serta pembayaran perbelanjaan tanpa sentuh dan selamat.


Ia juga merupakan inisiatif pemulihan ekonomi bagi membantu rakyat dan para peniaga yang terjejas ekoran pandemik Covid-19. Melalui program ini, pihak kerajaan akan menyalurkan RM750 juta kepada 15 juta rakyat Malaysia yang layak menerima insentif RM50 yang boleh diguna pakai di lebih 220,000 pusat perniagaan di seluruh negara yang menerima penggunaan Touch 'n Go eWallet.




Siapakah layak untuk ePENJANA?




Untuk memohon program ePENJANA, anda mesti memenuhi syarat di bawah:

Anda adalah warganegara Malaysia berumur lapan belas (18) tahun ke atas sebelum/pada 31hb Disember 2020.
Anda boleh membukti kewarganegaraan anda dengan NRIC Malaysia yang sah, berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Anda berpendapatan kurang daripada RM100,000 dalam tahun 2019 berdasarkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Anda telahpun memuat turun dan mendaftar sebagai pengguna aplikasi MySejahtera dengan maklumat yang sama dengan maklumat e-wallet anda.




Apakah langkah-langkah yang perlu saya lakukan untuk tebus RM50 ePENJANA?

Bagi pengguna MySejahtera Baru




Anda akan menerima mesej “Successful Registration”. Klik “Close” di bawah skrin untuk kembali ke laman log-masuk. 

Isikan ruangan dengan butiran anda (nama seperti dalam NRIC dan maklumat yang lain). Selepas itu, klik “Confirm” 

Masukkan OTP and klik “Send” (jika berdaftar menggunakan nombor telefon bimbit) atau klik pautan pengesahan yang dihanatar ke alamat emel anda (jika berdaftar menggunakan alamat emel). 

Anda akan menerima OTP melalui SMS (jika berdaftar menggunakan nombor telefon bimbit) atau pautan pengesahan (jika berdaftar menggunakan alamat emel). 

Masukkan nombor telefon bimbit anda dan klik “Register” atau klik “I would like to use Email to register” (jika anda ingin daftar menggunakan alamat emel anda) 

Klik “Register Here” untuk pendaftaran akaun baru 

Muat turun dan pasangkan aplikasi MySejahtera daripada Gallery of Malaysian Government Mobile Applications (GAMMA), Apple App Store, Google Play Store atau Huawei App Gallery.

Anda kini berdaftar dengan MySejahtera. Sila tunggu untuk pengesahan pengaktifan yang akan dihantar melalui SMS atau emel sebelum cuba log masuk ke akaun anda.
Masukkan ID pengguna (nombor telefon bimbit atau alamat emel) dan kata laluan, dan klik “Sign In”

Klik butang ‘Things to do’ untuk menjalankan penilaian kesihatan anda
Teruskan dengan permohonan tuntutan ePENJANA melalui aplikasi e-wallet pilihan anda.
 



Bagi Pengguna yang telah ada aplikasi MySejahtera:






Pastikan yang maklumat yang berdaftar adalah sah, dan sama dengan NRIC anda. Klik “Confirm”

Kemas kini aplikasi MySejahtera ke versi yang terkini

Klik “Profile” dan kemas kini maklumat peribadi anda

Teruskan dengan permohonan tuntutan ePENJANA melalui aplikasi e-wallet pilihan anda.
 

Dalam e-wallet pilihan anda:

Proses pengesahan bagi pengguna baru dan sedia ada akan dilakukan melalui aplikasi e-wallet pilihan anda.

Muat turun aplikasi e-wallet yang mengambil bahangian dalam Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery

Daftarkan akaun baru (bagi pengguna baru) atau ikuti langkah-langkah yang tertera dalam aplikasi e-wallet.

Pihak e-wallet akan membuat pengesahan identiti pengguna secara elektronik melalui proses pengesahan akaun di dalam aplikasi e-wallet tersebut.

Klik butang “Claim RM50 ePENJANA” dalam e-wallet. Pengesahan identiti dilakukan bagi memastikan nama dan nombor NRIC, maklumat pendapatan, status pendaftaran MySejahtera adalah tepat, dan juga sama ada terdapat permohonan ePENJANA melalui aplkasi e-wallet yang lain.



Mudah kan? Jom cepat-cepat claim sebelum 24 September 2020.  Dapat RM50, jom kita berbelanja. Alhamdulillah.  Dan kita kena berbelanja sebelum tarikh luputnya iaitu 30 September 2020. 


Semoga bermanfaat! 




Post a Comment

0 Comments