Sunday, August 02, 2020

COVID-19 | KLUSTER PUI SIVAGANGGA di Kedah

Assalamualaikum. Selamat petang. Hari kedua dalam bulan Ogos 2020. Ramai yag masih bercuti. Dan ada yang pulang ke kampung bersempena Aidil Adha. 

Pemakaian pelitup muka(mask) telah diwajibkan di tempat awam. Jangan lupa pakai mask jika tak nak kena kompaun RM1000.00. Ada yang bermain tentang isu ini. Pakai mask sebab takut penyakit atau takut kena kompaun? Tak kisahlah apa jua sebabnya, bertanggungjawablah. Kita jaga kita. Pakailah mask untuk melindungi diri kita dan orang sekeliling kita. 


Berkenaan status terkini kes. Cik Rose tumpukan di Kedah. Agak risau sebenarnya. Keluarga Cik Rose dan mertua di Kedah. Namun, bukan di kawasan terlibat.  Risau dengan bilangan kes yang makin meningkat. Cik Rose hanya mampu doa dari jauh. Moga semuanya baik-baik sahaja. 

Cik Rose kongsikan sedikit info dari Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia seperti di bawah : 


STATUS TERKINI BAGI KLUSTER PUI SIVAGANGGA

Sehingga 2 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, sebanyak 313 orang telah disaring. Daripada jumlah ini, 20 kes dikesan positif COVID-19, 280 negatif dan 13 kes masih menunggu keputusan ujian.

Daripada 20 kes yang dikesan positif, kesemua kes adalah aktif. Tiada kes dirawat di ICU dan tiada kematian dilaporkan. Daripada kes positif yang dilaporkan, sebanyak 15 kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia dan lima (5) kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

Pada hari ini, sebanyak 11 kes positif dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan KKM:

8 kes merupakan kontak rapat kepada kes positif ke8975, iaitu termasuk juga 1 kes pelajar sekolah berumur 7 tahun. Kes-8975 merupakan kes generasi pertama.

• 3 kes merupakan kontak rapat kepada kes positif ke-8976,
iaitu termasuk juga 1 kes pelajar sekolah berumur 10
tahun. Kes-8976 merupakan kes generasi pertama;
Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk diasingkan dan menerima rawatan. 

Aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif (Active Case Detection) giat dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk mencegah penularan COVID-19. Aktiviti pembersihan dan nyahkuman dilaksanakan di semua premis termasuklah sekolah yang terlibat dan rumah kes yang dikesan positif.






Terdapat 11 kes baharu dikesan dari Kluster PUI Sivagangga hari ini.

3 kes daripada jangkitan kes 8976. Manakala baki 8 kes adalah jangkitan kes 8975.

Kesemua 11 kes adalah daripada generasi kedua.

Sehingga kini, 313 telah disaring. 20 daripadanya dikesan positif, manakala 13 individu masih menunggu keputusan. Baki 280 adalah negatif.


1 comment:

  1. allahuakhbar.. akibat beberapa orang yang pentingkan diri
    tengokla apa kesannya pada orang lain.

    semoga Allah lindung kita selalu..

    ReplyDelete