Sakit Pinggang Lepas Angkat Barang Berat | GEJALA DAN RAWATAN SAKIT PINGGANG

Sakit Pinggang Lepas Angkat Barang Berat | GEJALA DAN RAWATAN SAKIT PINGGANG. Assamualaikum. Selamat pagi. Apa khabar semuanya. Santai-santai di pagi Ahad ya. Ramai yag masih dalam mood cuti. Happy holiday uols! 

Petang semalam, macam biasalah. Cik Rose lakukan rutin harian sejak ada Kitty ni. Cik Rose akan tukar bekas pasirnya. Nak buang sisa dia, dan tambahkan pasir baru. 

Selalu ok jer. Tiba-tiba masa angkat beg pasir tu, Cik Rose rasa something. Sakit! Alamak. Aku dah salah teknik. huhu. 


sumber gambar : SHOPEE


Mungkin kalut nak buat benda lain juga, tu yang terlupa postur badan masa angkat beg pasir. Bayangkan, pasir tu kan berat. Sakitnya. Masa tu boleh tahan lagi. 

Lepas beberapa  minit, Cik Rose duduk di ruang tamu. Barulah rasa kesakitannya. Sakit di bahagian pinggang, membawa ke peha. Tak dapat bengkokkan bahagian peha. Siksa rasa! Nak cas handphone pun kemain susah. 

Pengajarannya, jangan buat main. Pastikan postur badan berada dalam keadaan yang betul sebelum nak mengangkat benda-benda yag berat. 

Cik Rose sapu minyak panas di keseluruhan pinggan dan kaki. Kesian Kitty tak dapat duduk dekat sebab dia tak tahan bau minyak panas. hikhik. 


Kat bawah ni Cik Rose share teknik yang betul untuk angkat barang ya. 





Ini adalah cara yang betul untuk angkat. Duduk mencangkung, pastikan jarak korang dengan barang dekat, kekalkan postur dan angkat barang perlahan-lahan. INGAT. Jangan angkat barang sambil membongkok! 


Sambil-sambil Cik Rose google tu, Cik Rose jumpa info yang bermanfaat. Cik Rose rasa perlu share dengan korang jugak. Tentang gejala da rawatan sakit pinggang. Jangan sesekali abaikan sakit yang kita rasa. 



Gejala Sakit Pinggang?


Gejala lain selain daripada sakit belakang yang boleh menunjuk kepada sakit pinggang adalah:


1. Masalah tidur Sakit pinggang yang memancar ke bahagian kaki, paha, punggung dan juga ke perut


2. Tidak dapat membengkokkan badan


3. Tidak dapat merenggangkan badan


4. Sakit apabila berdiri dengan tegak


5. Kemerahan kulit di bahagian belakang


6. Bengkak di bahagian belakang


7. Kehangatan kulit di bahagian belakang yang lebam


8. Kelengkungan tulang belakang




Korang boleh bercakap dengan doktor untuk mengetahui gejala mana yang menunjukkan masalah kesihatan korang.


Mengikut gejala-gejala ini korang boleh memastikan punca sakit belakang dan selepas memastikannya akan boleh mendapatkan rawatan yang diperlukan.



Apakah Rawatan Sakit Pinggang?


Rawatan untuk sakit pinggang adalah berdasarkan puncanya. Rawatan yang disyorkan untuk semua punca sakit belakang adalah untuk berehat. Badan anda perlu masa untuk merawatnya sendiri. Dengan mendapatkan tidur yang secukupnya anda boleh mengurangkan sakit pinggang dengan drastik.


Selain daripada berehat, jikalau sakit adalah terlampau ataupun menghalang anda daripada bekerja dengan baik, anda boleh bercakap dengan doktor untuk mendapatkan ubat tahan sakit yang sesuai dengan keadaan anda. Ada beberapa ubat seperti Ibuprofen, Naproxen, Mephenamic acid dan juga Paracetamol yang berkesan untuk sakit pinggang.


Mampatan panas ataupun mampatan ais boleh digunakan untuk mengurangkan sakit pinggang. Mampatan ais akan mengurangkan penghantaran impuls sakit dan mampatan panas boleh mengurangkan kesengitan otot-otot belakang. Mampatan ini perlu diberi selama 20 min sekurang-kurangnya.


Sesetengah sakit pinggang oleh sebab masalah otot boleh diperbaiki dengan menukar tilam anda. Dengan menggunakan tilam yang tebal yang rata boleh mengurangkan sakit pinggang dan juga sakit punggung. Ada jenis tilam yang dijual semata-mata untuk mengelak sakit belakang.


Kasut anda juga memainkan peranan dalam mengurangkan sakit belakang. Dengan memakai kasut yang ada lapisan yang tebal untuk tumit boleh mengurangkan stres atas tulang belakang dan mengurangkan sakit.


Senaman boleh mengurangkan sakit belakang kerana ia akan menguatkan otot-otot belakang dan juga memperbaiki kesengitan otot belakang. Senaman juga menguatkan tulang pinggul.


Sesetengah sakit pinggang boleh diselesaikan dengan urut tradisional ataupun kiropraktor. Dengan urut dan kiropraktor, tulang- tulang boleh diluruskan dan sebarang keseliuhan boleh diperbaiki.Akupunktur juga dikatakan menolong dalam sebahagian kes sakit pinggang dan punggung.


Sesetengah sakit pinggang yang berpunca daripada masalah tulang seperti patah tulang perlu dibaiki dengan rawatan surgeri dan juga dengan memakai acuan plaster.


Semua rawatan ini berdasarkan individu - individu tersendiri, tahap sakit mereka dan juga puncanya, oleh itu anda perlu berbincang dengan doktor untuk mengetahui rawatan yang sesuai untuk anda.



Apakah Cara Untuk Menghindari Sakit Pinggang?


Anda boleh menghindari sakit pinggang dengan membuat senaman dan regangan yang betul.


Anda juga perlu mengamalkan tabiat berdiri dan duduk dengan tegak supaya tulang belakang tidak akan mengalami stres.


Jikalau anda perlu mengangkat barang yang berat, gunakan cara yang betul dengan membengkokkan kaki dan pinggul bukan tulang belakang.


Makanan yang berkhasiat dan kaya dengan kalsium boleh mengelak daripada mendapat sakit pinggang.


Posisi semasa tidur adalah penting kerana ia boleh mengelak kesengitan otot semasa bangun dari tidur.


Mengurangkan berat badan juga boleh mengurangkan stres atas tulang belakang.


Merokok akan mengurangkan saluran darah ke tulang belakang dan meningkatkan sakit belakang, oleh sebab itu mengelak daripada merokok boleh mengurangkan sakit tersebut.


Mengelak daripada menggunakan kasut yang bertumit tinggi kerana ia meningkatkan stres atas tulang belakang.


Gunakan beg alas dan beg bimbit yang sesuai untuk mengurangkan sakit belakang dan jikalau beg anda berat, cuba selang dari satu tangan ke tangan yang lain untuk mengurangkan stres atas satu tempat.


Sumber: https://www.doctoroncall.com.my/


Terima kasih sudi luangkan masa membaca entry ini. Apapun kesakitan yang kita alami, berjumpalah doktor untuk rawatan lanjut ya. 



Post a Comment

1 Comments

  1. alamak.. lepas ni kena angkat barang berat elok2..
    lagi2 kita prempuan posture badan kena betul. kalo boleh jgn angkat..
    kalo terpaksa tu xleh buat apa..

    ReplyDelete