OST Drama Bidadari Kiriman Tuhan | Wajah Kekasih Nyanyian Siti Nurhaliza

OST Drama Bidadari Kiriman Tuhan | Wajah Kekasih Nyanyian Siti Nurhaliza. Assalamualaikum. Drama Bidadari Kiriman Tuhan ditayangkan pada 25 Ogos 2020 di Astro Ria. 



Special episode. Ditayangkan selama dua jam! Mulai pukul 10 malam hingga 12 malam. Wahhh. Ramai ke yang menonton drama Bidadari Kiriman Tuhan ni? 


Lakonan Mira Filzah, Zul Ariffin, Zarina Zainudidn, dan ramai lagi! Mira Filzah memegang dua watak, Manis dan Manja. 


Cik Rose sendiri pun menonton. Sudah tentulah Cik Rose nak tengok Mira Filzah. Nantikan ya, Cik Rose aka review drama ni mengikut perspektif sendiri. hihi. 


Nak tahu ke lagu yang menjadi Ost drama ni? Lagu nyanyian Siti Nurhaliza, iaitu Wajah Kekasih. 



Lirik Lagu Wajah Kekasih - Siti Nurhaliza


Ku menyaksikan dedaun kekeringan

Gugur ke bumi gersang tiada penghuni

Tiada mentari, awan kesuraman

Bagaikan waktu yang terhenti


Ku menyaksikan seraut wajah cinta

Yang kehampaan tiada lagi bermaya

Kini kehilangan sebuah harapan

Bagaikan cinta yang terkubur


Adakah mungkin untukku menghindari

Gurisan kasih luka di hati

Jiwaku resah apakah kesudahan

Kecewa ataupun bahagia ooo...


Ku yakinkan diri demi rinduku

Penawar hanya dari wajah kekasih

Walaupun rintangan datang menduga

Ku tempuhinya kerna cinta membara


Ooo... mimpi yang terindah

Jelmalah dalam nyata

Wajah-wajah kekasih


Ku mengharapkan ikatan kemesraan

Antara kita akan terlaksana jua

Walaupun impian dalam kekaburan

Ku yakin padamu oh Tuhan




' Bahagia hilang bila hati penuh sangsi'


Keduanya miliki dua personaliti yang berbeza. Kembar seiras dalam drama ni. Kalau tengok dalam sedutan drama ni, Manis yang bercinta dengan Cikgu Yusof, lakonan Zul Ariffin.


JUDUL : BIDADARI KIRIMAN TUHAN 
EPISOD : 25 episod
TARIKH TAYANGAN : 25 Ogos 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria & Ria HD)
PENGARAH : Rashid Sibir
PRODUKSI : Opera Klasik Sdn Bhd
SENARAI PELAKON : Zul Ariffin, Mira Filzah, Maisara Sufia, Fauziah Nawi, Ruminah Sidek, Zarina Zainuddin, Ruzaidi Abd Rahman


2 comments:

  1. Boleh sya tahu apa lagi lagu yang ada dalam cerita ni sebab sya tak ingat satu lagu ni lelaki yang bawa

    ReplyDelete

Powered by Blogger.