Sunday, August 23, 2020

Sinopsis Cerekarama Luluh Lakonan Aeril Zafrel di TV3

Sinopsis Cerekarama Luluh Lakonan Aeril Zafrel di TV3. Drama Luluh ini adalah lakonan Aeril Zafrel, Izzue Islam, Ummi Nazeera dan Nad Zainal. Ia ditayangkan pada hari Sabtu(22 Ogos) pukul 10 malam di TV3.



SINOPSIS CEREKARAMA LULUH

Farhan yang berada di tahun 2 pengajian di universiti balik ke kampung. Semasa cuti semester tersebut, Farhan ditunangkan dengan Khairina, jiran dan juga 'girlfriend' nya sejak di sekolah menengah lagi. 

Namun seminggu selepas majlis pertunangan mereka, Husin, ayah Farhan meninggal dunia semasa pulang dari laut. Memandangkan Husin adalah yang selama ini bertanggunjawab menyara keluarga, Farhan ambil keputusan untuk berhenti belajar demi untuk menjaga ibu dan memberi laluan pada adiknya, Syakir untuk memulakan pengajian di Universiti. 




Sepanjang Syakir di universiti, Farhanlah yang bertungkus lumus bekerja untuk memastikan adiknya itu tidak berhadapan dengan apa-apa masalah kewangan. Disamping itu juga, Farhan juga menyara Khairina yang sama-sama belajar dengan Syakir di universiti yang sama. 




PELAKON : Aeril Zafrel, Izzue Islam, Ummi Nazeera, Nad Zainal, Haeriyanto Hassan, Fadilah Mansor

No comments:

Post a Comment