Resepi Brownies Kedut Yang Sedap Ikut Resepi Cikgu Azlina Ina. Assalamualaikum. Brownies kedut, mempunyai peminatnya yang tersendiri. Walau banyak resepi kek viral yang ada, brownies tetap memiliki kelas yag tersendiri.
Peminat Brownies Kedut. Ya, Cik Rose lah orangnya. Suka sangat dengan brownies kedut. Kalau ada jamuan raya ke, makan-makan ke, mata ni mesti mencari brownies dulu. Bahagia rasa bila dapat suap ke mulut. Tak pernah jemu!
Cik Rose dah pernah rasa beberapa jenis brownies dah. Pilihan hati, mestilah yang lembab sikit dan pahit-pahit coklat rasanya. Ada pula taburan badam, lagi memikat selera.
Sejujurnya, Cik Rose tak pernah buat sendiri lagi. Order saja. hihi. Tak ada kerajinan nak buat sendiri.
Brownies di bawah ini adalah hasil air tangan teman Cik Rose. Sedap uols!
Cikgu Azlina Ina. Sebut saja mesti korang kenalkan. Tak pernah lokek member resepi. Bukan sahaja resepi yang sedap-sedap, siap ada step by step macam mana nak buat. Itu yang buat ramai orang menyayangi beliau.
Jom Cik Rose kongsikan resepi brownies kedut cara Azlina Ina. Gerenti sedap!
resepi brownies kedut
bahan-bahan untuk membuat brownies kedut
Cara-cara untuk membuat brownies kedut
Selamat mencuba. Cik Rose kongsikan di blog sendiri. Senang, nanti ada mood nak baking, boleh cari kat sini je. Mudah.
Terima kasih Cikgu Azlina Ina. Banyak berkongsi resepi dan tips untuk semua. Moga terus maju jaya dengan apa yang cikgu usahakan sekarang.

- 350g coklat masakan
- 1/2 cawan butter
- 2 biji telur ayam
- 1 cawan gula perang
- 1 cawan tepung naik sendiri
- sedikit esen vanilla
- 4sb serbuk koko
Cara-cara untuk membuat brownies kedut
- cairkan butter dan coklat masakan dengan menggunakkan teknik double boil
- whisk kan gula perang dengan telur dan esen vanilla
- masukkan coklat yang dicairkan kedalam bekas telur + gula perang tadi.masukkan ketika coklat masih panas ye.
- then masukkan 1 cawan tepung naik sendiri dan whiskan
- selepas tu masukkan 4sb serbuk koko dan whiskan sehingga adunan sebati
- masukkan adunan brownies kedalam loyang yang telah dilapik baking paper
- bakar brownies pada suhu 170c selama 40 min.bila masak, renggangkan pintu oven dan biarkan brownies dalam oven 10 min.
- potong brownies bila brownies betul2 sejuk.

0 Comments