SINOPSIS DRAMA KEBAYA KASUT KANVAS LAKONAN NABILA RAZALI DI TV3

SINOPSIS DRAMA KEBAYA KASUT KANVAS LAKONAN NABILA RAZALI DI TV3


Mula bersiaran  mulai 12 Ogos 2020, setiap Rabu dan Khamis pukul 6 petang di TV3. Drama 'Kebaya Kasut Kanvas' ini adalah adaptasi dari novel 'Si Baju Kurung Kasut Kanvas' karya Umie Nadzimah



SINOPSIS DRAMA KEBAYA KASUT KANVAS

Mengisahkan Suria (Nabila Razali) yang bekerja di sebuah syarikat fesyen. Dia dikenali dengan cara pemakaian uniknya yang gemar mengenakan baju kebaya dengan kasut kanvas. Suria tidak pernah mempunyai teman lelaki sejak zaman kolej dan dia seorang yang terlalu sibuk dengan kerjanya sehingga ibunya, Cik Pah (Rozita Che Wan) mula risau jikalau anak daranya tidak akan kahwin. 

Tanpa pengetahuan Suria, Cik Pah telah menerima lamaran kahwin bagi pihaknya. Cik Pah juga merahsiakan siapakah bakal suaminya malah Suria disuruh untuk mencari siapakah lelaki tersebut. Cik Pah hanya memberi satu petunjuk bahawa Suria juga mengenali lelaki itu. 

Sejak hari itu, Suria mula memerhati lelaki-lelaki di sekelilingnya. Siapakah kenalannya yang merupakan bakal suami sendiri? Mula-mula, Suria menganggap Gary (Fahrin Ahmad) yang membantu membetulkan komputer ribanya adalah bakal suaminya tetapi Gary hanya bersikap dingin dengan Suria. Tumpuan Suria beralih kepada Ameer (Malek Mccrone), pereka junior yang bekerja di butik pereka fesyen terkenal, Kaidan (Yusuf Hashim).

Tidak lama kemudian, Suria tertarik dengan keperibadian Ash (Ash Nordin), seorang penulis portal yang membuat ulasan untuk produk kecantikan. Suria cepat mesra dan sangat senang dengan sikap peramah Ash. Walaupun mereka serasi, Suria tidak pasti sama ada Ash ialah bakal suaminya yang dicari. 

Suria berusaha untuk mendapatkan jawapan daripada ibunya tetapi gagal. Sewaktu berjalan-jalan di luar, Suria dan Cik Pah terserempak dengan rakan sekerjanya, Taj (Sean LEE). Suria mula memikirkan Taj mungkin ialah bakal suaminya kerana ibunya mesra berbual dengan Taj. Walaupun begitu, Suria masih tidak yakin siapakah sebenarnya bakal suaminya. Masa semakin suntuk, beberapa jejaka yang muncul dalam hidupnya kemudian turut mengusik hatinya dengan tarikan tersendiri. 

Antaranya, Dr Zuki (Dr. Say Shazril), seorang doktor kacak yang merawat Suria ketika dia jatuh sakit, Daniel Hashim (Ikmal Amry) yang gemar dengan aktiviti gim, pengusaha cafe Mikail (Ismail Izzani), Que (Haqiem Rusli) iaitu seorang arkitek dan juga Ustaz Azim (Azrel Ismail) yang sudah mempunyai 2 isteri. Siapakah sebenarnya bakal suami kepada Suria?

PELAKON : Nabila Razali, Rozita Che Wan, Fahrin Ahmad, Noniswara, Mona Allen, Joanna Bessey , Syafi Tee, Julia Farhana Marin, Yusof Kelana, Azrel Ismail, Zainol Macwilson, Malek Mccrone, Ash Nordin, Sean Lee, Ikmal Amry, Ismail Izzani, Haqiem Rusli, Dr. Say Shazril, Anas Ridzuan, Riena Diana, Rashidah Jaafaar, Zarynn Min, Mas Anizan, Aniq Suhair, Shahir Shaffin


1 comment:

Powered by Blogger.