Tak sabar menanti episod pertama. Best ke tidak ni? Cik Rose tengok sedutan drama Bidadari Kiriman Tuhan ni di instagram. Macam best. Mira Filzah membawakan dua watak. Manis dan Manja.
Keduanya miliki dua personaliti yang berbeza. Kembar seiras dalam drama ni. Kalau tengok dalam sedutan drama ni, Manis yang bercinta dengan Cikgu Yusof, lakonan Zul Ariffin. Jadi, apa kena mengena dengan Manja? Ha , kenalah tengok nanti. Suprise.
Memang supsrise drama ni. Cik Rose cari sinopsisnya tak jumpa. Tapi, korang jangan risau. Nanti, Cik Rose tulis ringkasan drama ni bila dah tengok.
Menceritakan tentang kisah kembar manis dan Manja (lakonan Mira Filzah).
Manis bertugas sebagai seorang guru tadika dan bercinta dengan cikgu Yusof (lakonan Zul Ariffin) dan merancang untuk mendirikan rumah tangga.
Tetapi hubungan itu tidak disukai oleh adiknya Manja kerana bimbang dirinya ditinggalkan.Manja adalah kembar Manis seorang autisme yang sukar dikawal.( tapi, comel watak Manja ni tau!) Nak telur dadar, nak telur dadar. hihi. Kalau tak ada telur dadar, dia mengamuk! hahaha. Kesian Mak dorang.
Apa yang dirancang tidak kesampaian apabila tiba-tiba Manis menerima pinangan seorang lelaki bernama Ikram (Lakonan Adlin Aman Ramlie). Kenapa tiba-tiba ya? Bermula dengan salah faham sebenarnya. Mak Ikram ingat yang Manis dan Cikgu Yusof dah tiada hubungan. Sebab tu dia pinang Manis untuk Ikram .
Watak Ikram ni sesuatu sangat. Malas kerja, rapat semacam dengan anaknya, Ayu. Suka marah- marah Manis. Bertabahlah Manis ya. Nak berkorban tak kena tempat. Manis terima pinangan sebab nak balas jasa Mak Ikram yang banyak membantu keluarganya. Alahai!
Apakah kesudahannya percintaan mereka yang terputus ditengah jalan ini? Kenalah tengok sampai habis.
EPISOD : 25 episod
TARIKH TAYANGAN : 25 Ogos 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria & Ria HD)
PENGARAH : Rashid Sibir
PRODUKSI : Opera Klasik Sdn Bhd
SENARAI PELAKON : Zul Ariffin, Mira Filzah, Maisara Sufia, Fauziah Nawi, Ruminah Sidek, Zarina Zainuddin, Ruzaidi Abd Rahman
1 Comments
Oo..camtu ke. Ok²
ReplyDelete