Friday, August 14, 2020

Sinopsis Drama Jalan Sesat Ke Syurga di Astro Prima

SINOPSIS DRAMA JALAN SESAT KE SYURGA

Hamzah (Aaron Aziz) dijodohkan dengan Inara (Siti Elizad) dan berhadapan dengan ajaran songsang fahaman Islam Liberal kedua ibu bapa mertuanya (Jalaluddin Hassan & Aleza Shadan) yang mengetuai kumpulan ajaran sesat masing-masing.

Inara adalah gadis periang yang hanya mahu berpeleseran. Selepas mengalami pengalaman 'mati hidup semula', Inara mula merasakan yang ini ialah peluang kedua untuk dia membetulkan semua kesilapan lalu. 

Inara mula sedar yang masih banyak yang perlu dipelajarinya Inara mula rapat dengan Hamzah. Namun dalam mencari jalan kebenaran, dia keliru dengan fahaman Islam yang diamalkan oleh kedua ibu bapanya. Inara mula belajar tentang Hawa Islam tetapi rasa ada sesuatu yang janggal tentang pertubuhan itu. Inara juga mula didedahkan dengan Gerakan Elit.


PELAKON : Aaron Aziz, Elizad Sharifuddin, Jalaludin Hassan, Aleza Shadan, Zulhelmy, Nelissa Nizam, Syrul Ezwan, Zalfa Zin, Sri Idrina, Ziema Din



Ada yang tengok drama ni? Cik Rose belum berkesempatan lagi nak tengok. Tak terikut pula hari-hari nak tengok. Jalan ceritanya menarik. Dengan barisan pelakon terbaik. 

Selamat menonton!



No comments:

Post a Comment