Thursday, September 17, 2020

Drama Korea Alice | Sinopsis, Senarai Pelakon dan Masa Tayangan

Drama Korea Alice | Sinopsis, Senarai Pelakon dan Masa Tayangan . Assalamualaikum. Drama terbaru Korea yang menggantikan drama Backstreet Rookie. Ada yang mengikuti drama ini? 




Cik Rose salah seorang peminat drama ini. Bukan sekadar cerita cinta ya. Drama Alice ni memerlukan kita fokus menonton. Kalau skip-skip tengok, nanti tak faham pula. hihi. 



Sinopsis penuh Drama Korea Alice 


Kerana kematian, seorang lelaki dan wanita  terpisah selama-lamanya, tetapi mereka bertemu lagi seperti sihir.

Park Jin-Gyeom (Joo Won) adalah seorang detektif, yang tidak menunjukkan emosi. Semasa menyiasat kes misteri, dia menyedari kewujudan pelancong masa. Pelancong masa itu datang ke hari ini dari masa depan melalui ruang bernama Alice. 

Park Jin-Gyeom berjuang untuk mengelakkan perkara negatif berlaku melalui Alice. Di masa sekarang, dia bertemu dengan Yoon Tae-Yi (Kim Hee-Seon) sekali lagi yang meninggal pada masa lalu. 

Yoon Tae-yi ialah seorang ahli fizik yang bijak dan memegang kunci utama kepada rahsia penggembaraan masa ini. Selepas bertemu dengan Park Jin-kyum yang menegaskan bahawa mereka berjumpa kerana takdir, dia menyertai lelaki tersebut bagi membongkar misteri ini. Dalam misi ini, dia juga mempelajari rahsia mengenai dirinya sendiri.





Senarai Pelakon Drama Korea Alice


Selain dibintangi Joo Won dan Kim Hee Sun sebagai  bintang utama, berikut ini adalah senarai pelakon Alice yang lain beserta nama watak mereka.


    • Kim Hee Sun (Park Sun Young)

    • Kwak Shi Yang (Yoo Min Hyuk)

    • Lee Da In (Kim Do Yeon)

    • Kim Sang Ho (Go Hyun Seok)

    • Choi Won Young (Seok Oh Won)

    • Lee Jae Yoon (Kim Dong Ho)

    • Jung Wook (Ha Yong Seok)

    • Jinhyuk (Hong Jung Wook)

    • Choi Hong Il (Yoo Jong Soo)

    • Kim Kyung Nam (Ki Cheol Ahm)

    • Hwang Seung Eon (Oh Shi Young)

    • Yang Ji Il (Choi Seung Pyo)







Masa Tayangan Drama Alice di Malaysia


Untuk penonton di Malaysia, jangan lupa saksikan “Alice” pada setiap Sabtu dan Ahad di saluran SBS ONE HD (saluran ASTRO 393) pada jam 9.45 pm.

Memang melekat depan tv la nampaknya. Tapi, tak sabar nak tunggu episod seterusnya. Seminggu, dua episod jer. hihi. Episod keseluruhan drama Alice ni ada 32. 

Sabar menanti.



TONTON FULL EPISODE KOREAN DRAMA ALICE

Boleh tonton drama Korea Alice di tv ya. Kalau tak sempat, tengok guna Astro On The Go sahaja. 


No comments:

Post a Comment