Saturday, September 12, 2020

Perlu ke scrub badan? Jangan terlalu kerap scrub!

Assalamualaikum. 

Scrub. Muka dan badan. Dua-dua ada kelebihannya kalau kita scrub. Tapi, harus diingat untuk menggunakan teknik yang betul dan dalam jangka waktu yang betul. 


Baru-baru ni, Cik Rose ada beli satu scrub badan. Scrub dari Temyracle.  Tergoda uols. Hari-hari tengok lalu lalang di newfeed instagram. Apalagi, beli satu. Nak cuba. 


Ada 3 jenis iaitu watermelon, honeydew dan Temy's fav. Pilihan Cik Rose? 


Temy's fav!




Sweet bau dia! Ala-ala mango dan nenas. Eh sukanya bau dia. Dan scrub ni juga tak kasar sangat. Tekstur dia halus. Guna sikit jer, dah harum uols. 

Berbaloilah untuk dibeli. Melicinkan kulit. Kulit rasa lembut jer korang. Seminggu boleh guna 2 atau 3 kali. Jangan guna setiap hari pula tau. Apa-apa jenis scrub pun jangan gina hari-hari. Baik badan atau muka. 


Ok, alang-alang dah cerita tentang scrub ni. Cik Rose kongsikam sedikit apa itu scrub? Berapa kerap boleh guna scrub? 


Sumber : hellodoctor.com


Kulit lebih berseri dan sihat!


Proses rawatan scrub badan ini, dapat membantu kulit untuk menyingkirkan sel kulit mati dari luar dan sekali gus memastikan kotoran lain yang cenderung tersumbat pada liang pori juga akan turut disingkirkan. Sebagai rawatan kecantikan, scrub akan menjadikan kulit untuk kelihatan lebih berseri dan sihat. Ha, itulah yang best. Ramai yag idamkan kulit yang sihat, lembut dan berseri. 

Selain berperanan untuk menjadi kulit lebih sihat,scrub badan juga berperanan untuk mencegah dan melawan penuaan. Seiring dengan pertambahan usia, proses penjagaan semula sel tisu baru pastinya akan menjadi semakin perlahan dan akibatnya kulit akan menjadi kusam. Berseri! Kulit bila dah sihat, dia jadi berseri. Tak adalah kusam je kan. 

Proses scrubbing yang menggunakan kaedah menggosok dan urutan ini dipercayai dapat merangsang aliran darah serta dapat mempercepatkan proses penjanaan sel baru. Korang jangan tenyeh pula. Gosok perlahan-lahan sahaja, macam urut tu. Guna span  pun boleh. 

Jadi, jika anda inginkan kulit yang tetap kelihatan berseri, bercahaya dan sihat, serta memerlukan rawatan kecantikan, amatlah disarankan untuk melakukan rawatan scrub badan secara rutin. Nak cantik dan sihat, kenalah displin kan. 







Berapa kerap kita boleh scrub badan?


Anda digalakkan untuk melakukan proses scrubbing pada badan anda sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali dalam tempoh seminggu. Tetapi sama seperti kulit muka, jika kulit badan anda agak sensitif, anda dicadangkan untuk tidak melakukan rawatan scrub terlalu kerap.

Anda tidak perlu menggosok badan sehingga terlalu kuat hanya untuk memastikan sel kulit mati anda disingkirkan dari badan. Sebaiknya, lakukan dengan lembut tetapi dapat memberikan hasil yang bersih secara menyeluruh. 

Menggosok scrub terlalu kuat boleh menyebabkan anda secara tidak sengaja turut menyingkirkan sel kulit yang masih sihat dan berkemungkinan akan merosakkan keadaan kulit anda.

Jika kulit anda berubah menjadi kemerahan atau anda berasa pedih setelah melakukan proses scrubbing, ia adalah petanda bahawa anda menggosok terlalu kuat dan anda perlu untuk mengurangkannya. 


Apapun yang kita lakukan kenalah bersederhana. Jangan terlalu berlebihan. Setiap dari kita, miliki jenis kulit yang berbeza. Nak pakai apa pun, kena tahu jenis kulit. Jangan main ikut orang. No no no! 


Selamat manjakan diri dengan scrub badan!



1 comment:

  1. thanks sharing cik rose..dah lama xscrub badan..dulu rajin jgk scrub guna hampas kelapa..:)

    ReplyDelete