Wednesday, September 16, 2020

Episod Akhir Drama Jalan Sesat Ke Syurga di Astro Prima

Episod Akhir Drama Jalan Sesat Ke Syurga di Astro Prima. Assalamualaikum. Sedar tak sedar, drama Jalan Sesat Ke Syurga yang ditayangkan di Astro Prima bakal berakhir. 

Eh yeke? Rasa sekejap pula. Ada yang mengikuti drama ni? Drama ini akan menemui episod akhir pada Jumaat ini, 18 September 2020.  Episod 35 merupakan episod akhir bagi drama ini. 

Drama yang ditayangkan pada jam 6 petang, menemani penonton pada setiap hari Isnin hingga Jumaat.



Di sini, Cik Rose kongsikan sinopsis drama Jalan Sesat ke Syurga ini. 


Sinopsis Drama Jalan `Sesat` Ke Syurga
Inara (lakonan Elizad Sharifuddin) kembali bernafas setelah sudah diisytiharkan mati. Setelah ‘dihidupkan semula’, Inara berubah dan mahu menjadi seorang Muslimah yang baik, seorang yang bukan dirinya sebelum ini. 
Ibu bapa Inara, iaitu Asyirah (lakonan Aleza Shadan) dan Zaqwan (lakonan Dato’ Jalaluddin Hassan)  gembira dengan perubahan Inara, namun apa yang diajar oleh mereka berkaitan agama menggelirukan Inara. Zaqwan merupakan ahli jemaah kumpulan ‘Gerakan Elit’. 
Manakala Asyirah pula memperjuangkan ideologi kumpulan ‘Hawa Islam’ yang berbeza dengan golongan ekstrimis ‘Gerakan Elit’.
Inara kemudian bertemu Hamzah (lakonan Dato’ Aaron Aziz), seorang penagih dadah yang positif HIV tetapi menjalani kehidupan yang sihat dengan menggunakan ubat ARV. Hamzah mengusahakan sebuah kafe komuniti yang bertujuan untuk membantu penagih-penagih dadah di luar sana. 
Apabila Hamzah bertemu Inara, dia tahu bahawa Inara adalah wanita yang terbaik untuk dirinya. Walaupun Inara pada mulanya menolak untuk cinta Hamzah, dia berasa selesa dan selamat di samping Hamzah. 
Mereka akhirnya bersetuju untuk berkahwin dan menyelamatkan ibu bapa Inara dari ajaran sesat yang dipraktikkan oleh mereka. 
Hamzah mendapatkan sokongan dari gurunya di kampung, dan mereka membuat keputusan untuk menyertai kumpulan ajaran sesat tersebut dan mencari jalan untuk menyelamatkan ibu bapa Inara daripada kumpulan tersebut. 
Namun, apa yang mereka pelajari daripada kumpulan tersebut sangat mengejutkan. Ahli-ahli ajaran sesat tersebut sangat licik, pengkhianat dan berkelakuan ganas. Inara dan Hamzah menghadapi pelbagai cabaran dan banyak berkorban sepanjang mengikuti kumpulan tersebut. 
Akhirnya, dengan rahmat Tuhan, mereka berjaya menyelamatkan ibu bapa Inara dari kumpulan tersebut.



PELAKON : Aaron Aziz, Elizad Sharifuddin, Jalaludin Hassan, Aleza Shadan, Zulhelmy, Nelissa Nizam, Syrul Ezwan, Zalfa Zin, Sri Idrina, Ziema Din



Drama bersiri Jalan ‘Sesat’ Ke Syurga merupakan sebuah naskah asal yang diinspirasikan daripada konflik gerakan golongan ekstrimis dan feminis berlandaskan ideologi agama yang terpesong terbitan pihak Astro Prima dengan kerjasama syarikat produksi Nuansa Sdn Bhd. Drama 35 episod arahan Shuhaimi Zulkefli ini turut mendapat sentuhan sutradara berkaliber, Osman Ali selaku Pengarah Kreatif serta Siti Jasmina Ibrahim selaku penulis skrip.

Sumber : Astro Gempak


2 comments:

  1. kat youtube xde episod 31 dah seterusnya.,mcm mana nk tengok ye

    ReplyDelete