Sinopsis Drama Pengantin Satu Malam Lakonan Nazim Othman dan Amelia Henderson

Sinopsis Drama Pengantin Satu Malam Lakonan Nazim Othman dan Amelia Henderson. Setelah drama 7 Hari Mencintaiku 2 tamat, drama Pengantin 1 Malam mengambil tempat.Bersiaran pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di TV3. 


Lambat Cik Rose menulis tentang drama ini. Kenapa? Sejujurnya Cik Rose tidak mengikuti perjalanan drama ini. Faktor pelakon kah, atau faktor jalan ceritanya? 


Namun, setelah beberapa episod ke udara, Cik Rose ada melihat babak-babak drama ini yang dikongsikan di instagram. Eh, macam menarik jalan ceritanya. 


Drama Pengantin 1 Malam ini menampilkan Nazim Othman sebagai hero dan Amelia Henderson sebagai pasangannya.





Sinopsis Drama Pengantin 1 Malam Lakonan Nazim Othman dan Amelia Henderson di TV3


Drama adaptasi novel Pengantin Satu Malam karya Sophiliea mengisahkan Zulaikha (Amelia Henderson) yang tersepit antara menyelamatkan nyawa ibunya atau maruah dirinya.

Dugaan datang menimpa hidup Zulaikha apabila dia terpaksa berhenti kerja kerana perangai tak senonoh majikannya. Adi teman lelakinya pula memilih untuk memutuskan hubungan mereka dan ibunya pula sakit dan memerlukan kos rawatan yg tinggi.


Zahred (Nazim Othman) pula membenci wanita apabila cintanya dikhianati, Zahred kecewa setelah mengetahui kekasihnya Balqis curang ketika dia berada di Jepun dengan menjadi isteri kedua ayahnya.

Zahred yang membenci wanita dan Zulaikha pula tersedak hingga terpaksa mengorbankan masa depannya kerana satu malam yang tak akan dilupakan sampai bila-bila


PELAKON : Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar, Afifah Nasir, Mustapha Kamal, Susan Manen, Edika Yusof, Sanjna Suri, Sharifah Shahora, Norish Karman, Farisha Irwayu





SINOPSIS NOVEL PENGANTIN 1 MALAM

Zahred Hadri yang membenci wanita dan  Zulaikha Nasreen yang terdesak.

Zahred ketawa sinis.
“Tolak? Berapa? Seribu sebulan? Kemudian sehingga seratus bulan. Seratus bulan baru selesai? Berapa lama tu? Lapan tahun tiga bulan. Apa awak yakin selama itu awak akan terus bekerja di sini?” Sinis suara Zahred bertanya. 

Zulaikha yang masih berdiri sedikit menggeletar. Dia harus kuat. Dia kena cuba dapatkan. Ini saja jalan yang dia ada.

“Saya janji tuan, atau tuan boleh potong lima puluh peratus daripada gaji saya setiap bulan. Saya akan cuba langsaikan secepat mungkin.” Dia masih mengharapkan agar Zahred setuju. Ini sahaja jalan yang dia ada dan dia sudah kesuntukan masa.
Zahred diam seketika. 

Wajah Zulaikha ditenung lama. Zulaikha serba salah.

“Maaf tuan, tapi saya benar-benar mahu buat pinjaman dari syarikat. Kalau tuan nak saya cagarkan rumah saya pada syarikat pun boleh.” Zulaikha masih berharap agar dalam hati Zahred ada sedikit belas kasihan padanya.

“Saya tak nak rumah awak.”
“Saya tak ada apa-apa lagi nak dicagarkan sebagai ganti pinjaman saya. Tanah di kampung bukan sepenuhnya nama ayah saya. Saya merayu tuan. Izinkan saya buat pinjaman dari syarikat.”

Dia benar-benar mengharap ihsan Zahred.
“A night with me… Dan seratus ribu akan jadi milik awak.”



Post a Comment

1 Comments

  1. Macam menarik citer ni, tapi tak berkesempatan lagi nak tengok

    ReplyDelete