Episod Akhir Perempuan Tanpa Dosa di Astro Ria

EPISOD AKHIR DRAMA PEREMPUAN TANPA DOSA LAKONAN KAMAL ADLI DAN UQASHA SENROSE DI ASTRO RIA.|Drama terbaru di Astro Ria, yang menggantikan drama Bidadari Kiriman Tuhan lakonan Mira Filzah dan Zul Ariffin, iaitu Perempuan Tanpa Dosa. 


Drama Perempuan Tanpa Dosa ini menampilkan gandingan Kamal Adli dan Uqasha Senrose. Sedang bersiaran di Astro Ria, jam 10 malam. 




Cik Rose suka drama ni. Suka lakonan Uqasha Senrose. Tak sabar nak tunggu episod seterusnya bila dah habis satu episod.hihi.


Ada yang tengok juga drama ni? Malam ni episod 16. Drama ni dah separuh dah. Lily dah berkahwin dengan Rizal. Lily dan Usu berkawan baik. 

Namun, Lily tak tahu nama dia Usu. Lily mengenalinya dengan nama Kinah. 


Lily masih belum tahu sejarah hidup Rizal. Rizal yang pernah bercinta dengan Usu. Rizal cemburu dengan rakan baiknya sendiri,  Rahman.  Ayah Lily pun dah insaf. 




TONTON ONLINE DRAMA PEREMPUAN TANPA DOSA FULL EPISODE (EPISOD 1 - EPISOD 28)


Kat mana nak tengok drama Perempuan Tanpa Dosa ni selain di Astro Ria? 


Korang boleh tengok di saluran youtube Astro Gempak! Search je Astro Gempak dan pilih drama Perempuan Tanpa Dosa. 




SINOPSIS PEREMPUAN TANPA DOSA

Demi maruah, Datuk Majid terpaksa mengahwinkan anak tunggalnya, Lily dengan Rizal dan Rizal hanya akan melepaskan Lily sebaik saja Lily selamat melahirkan anak yang dikandungnya. 

Sebagai imbuhan, Rizal meminta sejumlah wang dan dengan wang tersebut dia membina hidup di kampung halamannya. Saat perasaan sayang dan kasih Lily pada Rizal mula bercambah, Eddie datang semula untuk merebut kasih Lily dan juga anak di dalam kandungan. 








Walaupun pada mula, Lily tekad memilih untuk terus bersama Rizal tetapi perasaannya menjadi berbelah bagi tatkala dia mengetahui akan hubungan Rizal dengan Usu Sakinah. Lalu dia pergi membawa diri dan anaknya pulang ke Kuala Lumpur. 

Menyedari keadaan Lily dan Rizal, Usu Sakinah telah menguburkan harapannya terhadap Rizal lalu merima pinangan Rahman. Tika ketiadaan Lily, Rizal benar-benar merasa kehilangan dan kerinduan dan menyedari bahawa dia telah mula menyayangi Lily dan cuba memujuk Lily kembali ke pangkuannya. Berjayakah Rizal?





JUDUL : PEREMPUAN TANPA DOSA

EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : Oktober 2020
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria & Ria HD)
PENULIS NOVEL : Fatinilam Sari Ahmad
PENGARAH : Michael Ang
PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Kamal Adli, Uqasha Senrose, Uyaina Arshad, Hilal Azman, Yusof Yusuf Bahrin, Zac Zaky, Susan Manen, Shaza Bae



Kalau korang nak tahu, drama arahan Michael Ang ini merupakan adaptasi novel bertajuk Perempuan Tanpa Dosa, karya Fatinilam Sari Ahmad. 





Novel Perempuan Tanpa Dosa karya Fatinilam Sari Ahmad
LILY, gadis yang bebas dan agak liar kehidupannya. Bertukar ganti teman lelaki perkara biasa. Walaupun bebas tetapi dia pandai menjaga diri, sehingga dia diperangkap Eddie yang hanya ingin menjadikan Lily mangsa permainan cinta palsunya.
Lily nekad untuk membunuh diri. Datuk Majid kelam-kabut mencari seseorang untuk dinikahkan dengan Lily bagi menutup malu. Dia meminta Rizal, pekerjanya yang baik dan setia itu agar menikahi Lily yang hamil anak tidak berayah. “Sekarang, cakaplah... Berapa yang kau mahu? Sejuta? Dua juta? Tiga juta? Aku mampu bayar. Aku mampu!” – DATUK MAJID Selepas menikahi Lily, Rizal membawanya pulang ke kampung. Dia sengaja menyeksa Lily dengan tinggal di rumah pusaka emaknya yang usang tanpa bekalan elektrik dan air.

Tanpa pengetahuan Lily, Rizal mempunyai kekasih lama di kampungnya itu. Kekasih yang juga adik angkatnya. Mereka pernah tinggal sebumbung semasa ibu Rizal masih hidup. Mengapa Rizal balik membawa seorang isteri bersamanya? Oh Tuhan! Tabahkanlah hati ini. Mengapa aku diuji begini? Sia-sia penantianku selama lapan tahun ini. – USU SAKINAH. Lily berbaik-baik dengan Usu Sakinah dan mula belajar mencintai Islam daripada wanita muda itu. Mereka bersahabat baik sehinggalah rahsia perhubungan Rizal dan Usu Sakinah pada masa lalu terbongkar.




Apa yang berlaku seterusnya? Adakah Lily jatuh cinta pada suaminya sendiri atau kembali kepada Eddie? Eddie pula muncul dengan membuat pelbagai onar di kampung untuk merebut semula Lily daripada Rizal. “Aku dah gagal mendidiknya. Aku gagal menjadi suami yang baik. Sepatutnya aku bimbing dia supaya dia tahu dan mengerti. Seharus aku kurung dia dalam sangkar cintaku!” – RIZAL. Apabila Allah mengampuni kesalahan hamba-Nya, apakah akan lahir seorang perempuan tanpa dosa?


#perempuantanpadosa


OST DRAMA PEREMPUAN TANPA DOSA

Lirik Lagu Sumpah - Naim Daniel

Luka kerna dusta yang kau berikan
Cinta yang 'dah tak lagi seindah kisah kita
Luka kerna dusta yang kau sembahkan
Aku kini jatuh dalam kehampaan

Mengapaku setia 
pada kasih tak ku punya?
Tak ku punya

[CHORUS]
Kata-kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga

Luka kerna dusta yang kau berikan
Cinta yang dah tak lagi seindah kisah kita
Mengapaku setia pada kasih tak ku punya?
Tak ku punya

[CHORUS]
Kata-kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga

Kau racun jiwaku yang tak kumahu
Cukup nyawaku merayu

[CHORUS]
Kata-kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga



Bila dengar lagu Sumpah ni dalam drama Perempuan Tanpa Dosa, memang feeling habis! 



Post a Comment

0 Comments