Monday, November 16, 2020

PKPB MUNGKIN TAMAT LEBIH AWAL JIKA RISIKO JANGKITAN COVID-19 BERKURANGAN

PKPB MUNGKIN TAMAT LEBIH AWAL JIKA RISIKO JANGKITAN COVID-19 BERKURANGAN


Dalam sidang media petang 16 November 2020,  Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata,  PKPB di Kedah, Terengganu, dan Johor mungkin ditamat jika situasi tambah baik




Beliau menjelaskan, perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Kedah, Terengganu dan Johor mungkin ditamatkan tidak lama lagi, sekiranya keadaan Covid-19 bertambah baik di ketiga-tiga negeri tersebut dalam dua minggu ini.


"Kita melaksanakan PKPB selama dua minggu tetapi selepas dua minggu, mungkin kita akan melihat beberapa perkembangan baik di Kedah, Terengganu dan Johor.


"Sekiranya ada perkembangan yang baik, mungkin kita akan mempertimbangkan untuk mengembalikan (negeri-negeri itu) ke PKPP (perintah kawalan pergerakan pemulihan)," kata Noor Hisham dalam sidang akhbarnya di Kementerian Kesihatan di Putrajaya hari ini.


Moga kes jangkitan covid-19 makin berkurangan. Risau melihat jumlah angka jangkitan covid-19 setiap hari.Moga kita semua dijauhkan dari jangkitan covid-19. 

5 comments:

  1. Mudah-mudahan. Rindu suasana sebelum PKP/PKPB.

    ReplyDelete
  2. Negeri perak tak sebut, unfollow Dr.hisham, double standard!

    ReplyDelete
  3. Harapnya begitulah... susah juga bila PKPB ni kann, kesian bagi mereka yang mencari rezeki...

    ReplyDelete
  4. Harap2 macam tu la.. kesian banyak aktiviti dan majlis keluarga tertangguh disebabkan PKP ni.

    ReplyDelete
  5. Kan bagus kalau dapat putuskan rantaian covid19 tanpa vaksin. Jimat duit rakyat.

    ReplyDelete