DRAMA BIDADARI SALJU EPISOD 11

DRAMA BIDADARI SALJU EPISOD 11 bersiaran pada 29 Disember 2020, jam 7 malam di TV3.


Drama Bidadari Salju lakonan Adam Lee dan Sweet Qismina telah bersiaran pada 15 Disember 2020 (Selasa) di slot Akasia TV3. Setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. 

Drama adaptasi novel 'Bidadari Salju' karya Mia Kiff ini mempunyai 28 episod arahan Reza Badarudin, terbitan A.Aida Production. Drama yang menggantikan drama Cinta Sekali Lagi.

Makin hari makin rancak drama ni. Pada awal drama ni, zaman sekolah. Ramai yag geram degan watak Hariz. Ishhh jahat sangat! Sedih dengan apa yang berlaku pafa Kayra. 

Tapi, sekarang ni dah habis zaman sekolah. Mereka dah besar tau. Dah kerja. Kayra dah lawa, tak.ada dah jerawat. Haa, apa yang bakal terjadi pada Kayra, Hariz dan Aiman? 

Jom tengok Drama Bidadari Salju Episod 10.






Drama ini turut dibintangi pelakon-pelakon lain seperti Nazrief Nazri, Zaki Azeman, Syazuwan Hassan, Jasmine Suraya, Fimie Don, Chacha Maembong, Jaja Iliyes, Zulkifli Ismail, Rosnah Johari, Lisdawati, Lan Zailan, dan ramai lagi. 

Ini adalah drama pertama Sweet Qismina sebagai peneraju utama di slot Akasia. Dalam dunia realiti, Sweet Qismina memang sedang bercinta dengan Adam Lee. Pasangan secocok, sama cantik sama padan. 

Tercari-cari di mana nak tonton drama Bidadari Salju ni. Tak ada pula di aplikasi iQiy. Di youtbe juga tak jumpa!

Jangan risau. Meh Cik Rose bagi tips. Kalau korang tak sempat nak tengok di TV3, cuba cari di telegram. Ada di sana. Taip sahaja Bidadari Salju ya. 



SINOPSIS PENUH DRAMA BIDADARI SALJU (TV3)

Mengisahkan Kayra yang sering menjadi mangsa buli dan selalu dihina di sekolah kerana paras wajahnya yang tidak cantik, penampilannya yang selekeh dan kemiskinannya. Hariz, pelajar seniornya selalu mencari fasal dengannya hampir setiap hari.

Hariz terlalu membenci gadis ini hingga dia tergamak melemparkan fitnah yang meragut maruah dan harga diri gadis ini sehingga dia dipulaukan oleh ayah sendiri dan orang kampung. 

8 tahun berlalu, Kayra akhirnya berjaya bangkit dari kejatuhan itu dan berjaya dalam hidupnya. Namun akibat kisah silam yang memeritkan membuat dia membenci lelaki, cinta dan perkahwinan. 

Hariz sentiasa dibayangi dosa-dosa silamnya dan Kayra tidak pernah lupus dalam ingatannya. Dalam diam, rasa cinta tiba-tiba mekar dalam hatinya. Memang jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Rupa-rupanya lelaki yang dibenci dan didendami sampai mati ini adalah jodohnya. 



INFO DRAMA BIDADARI SALJU LAKONAN ADAM LEE DAN SWEET QISMINA


JUDUL : BIDADARI SALJU
EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : 15 Disember 2020 (Selasa)
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : PGRs Team, Tinta Jingga, Rofa Azzahra
PENGARAH : Reza Badarudin
PRODUKSI : A.Aida Production Sdn Bhd


BARISAN PELAKON DRAMA BIDADARI SALJU
 
Sweet Qismina, Adam Lee, Nazrief Nazri, Zaki Azeman, Syazuwan Hassan, Jasmine Suraya, Fimie Don, Chacha Maembong, Jaja Iliyes, Zulkifli Ismail, Rosnah Johari, Lisdawati, Lan Zailan, Silfeny Osman, Aqil Taqeeuddin, Siti Khadijah , Nizam Kama, Ainaa Azhari, Puteri A'teeqah, Damia Qaissarah 


WATAK PELAKON DRAMA BIDADARI SALJU

Sweet Qismina sebagai Kayra
Adam Lee sebagai Hariz
Nazrief Nazri sebagai Wan Hakimi
Zaki Azeman sebagai Aiman
Syazuwan Hassan sebagai Raqib
Fimie Don sebagai Naufal
Chacha Maembong sebagai Dania
Jaja Iliyes sebagai Anita 
Aqil Taqeeuddin sebagai Hafizan
Siti Khadijah sebagai Marissa
Nizam Kama sebagai Asyraf
Puteri A'teeqah sebagai Athira 
Damia Qaissarah sebagai Yaya



TONTON ONLINE DRAMA BIDADARI SALJU FULL EPISODE






EPISOD 11

Drama Bidadari Salju
Jom follow drama Bidadari Salju di slot Akasia TV3 mulai 15 Disember 2020.

https://t.me/bidadarisaljutv3




Drama ini adalah adaptasi dari sebuah novel karya Mia Kiff. Banyak novel-novel yang telah di angkat menjadi sebuah drama bersiri. 





Sinopsis Novel Bidadari Salju karya Mia Kiff

Kayra mula berasa seram sejuk, bulu romanya meremang, dia rasa geli geleman. Tolonglah, jangan berbicara soal lelaki, cinta dan perkahwinan. Janganlah ada yang berani bertanya soal ini kerana dia tak pernah terfikir sama sekali ekoran dendam silam dan rasa rendah diri. 

Perjalanan hidup Kayra penuh berliku. Menempuhi zaman remaja yang amat menyedihkan. Diri di hina, keluarga di sisih oleh masyarakat. Semuanya angkara fitnah yang merobek maruah dan harga diri. Kayra hanya mampu menangis. Patutlah ramai yang memanggilnya bohsia, pelacur, perempuan balen. Dia popular dengan gelaran jijik itu. 

Lapan tahun berlalu, lelaki ini hadir semula dalam hidupnya. Jodoh cuba dijauhi, namun perancangan Tuhan tiada siapa yang tahu. Puas ditepis, puas dielak. Bekulah dirinya bagaikan bidadari salju namun ia tetap datang tanpa diduga.


OST drama Bidadari Salju berjudul  Mimpi nyanyian Haqiem Rusli. Tahniah buat Haqiem Rusli. Baru sajaja memenangi beberapa trofi di Anugerah Meletop Era. 


LAGU TEMA / OST  
Mimpi - Haqiem Rusli





Lirik lagu OST Drama Bidadari Salju - MIMPI (HAQIEM RUSLI) 


Di saat aku pejamkan mata

Kucuba bayangkan raut wajahmu

Doaku agar kau hadir di dalam mimpi

Menemani aku

 

Mimpi yang indah kau bersamaku

Mimpi yang ngeri kau bersama dengannya

Dan jangan dikau hampiri dia

Dia pasti membawa kau pergi

 

Dia… Dia...

Mengapa dia...

 

Semalam aku diburu mimpi

Mimpi ngeri yang menghiris hatiku

Tapi ku tahu jauh dalam sudut hatimu

Kau takkan tinggalkan ku

 

Mimpi yang indah kau bersamaku

Mimpi yang ngeri kau bersama dengannya

Dan jangan dikau hampiri dia

Dia pasti membawa kau pergi

 

Oh… Ku dibuai mimpi yang indah

Dan juga mimpi ngeri

 

Mimpi yang indah kau bersamaku

Mimpi yang ngeri kau bersama dengannya

Dan jangan dikau hampiri dia

Dia pasti membawa kau pergi

 

Dia (mengapa dia oh...)

Dia (mengapa dia oh...)

Mengapa dia

Mengapa dia



Ramai yang meminati drama Bidadari Salju ni rupanya ya. Sana sini dok bercerita. Tahniah buat team drama Bidadari Salju ni. 
#bidadariSalju




 




No comments:

Powered by Blogger.