KAIN BURUK KAYANGAN NORWEX YANG VIRAL, BERBALOI KE BELI?

KAIN BURUK KAYANGAN NORWEX YANG VIRAL, BERBALOI KE BELI?

Wah tajuk tak tahan yer. Kain buruk kayangan! Hihi. Sejak dua menjak ni viral kain lap Norwex. Di media sosial, ramai yang kongsikan tentang kain ni. Kawan-kawan Cik Rose sendiri ramai yang menggunakan kain ni. Selepas mereka guna, mereka jual. Boleh juga jana pendapatan kan. Sambil menyelam, minum air gitu. Alhamdulillah. 


Kenapa kain ni viral? Kenapa kain ni digelar kayangan? 



Sudah pastilah kerana harganya. Ada yang cakap kain ni mahal. Ada yang cakap, berbaloi beli walapun mahal. Ini kerana harganya setanding dengan kualitinya. 


Sebelum bercerita lebih lanjut, ha, mari Cik Rose ceritakan serba sedikit perihal kain ni. 




PENGENALAN JENAMA NORWEX


Jenama Norwex tiba-tiba boom di musim PKPP ni. Ramai yag share mengenai Norwex. Rupanya,  kain Norwex ni  menjadi kegilaan ramai wanita sekarang ni. Dikenali juga sebagai kain magic sebab kebolehan kain ni mengelap stain dan kotoran dalam masa yang singkat.


Oh boleh memudahkan tugas di rumahlah kiranya. Jimat masa gittew.  


Norwex ni berasal dari negara Norway since dari tahun 1994. Norwex ialah singkatan pada norwegian experience. Tahun ini masuk tahun ke-26 Norwex berada di pasaran. Lama dah wujud jenama Norwex ni! 


Norwex masuk ke Malaysia tahun 2019. Sekarang, Norwex dah berada lebih di 13 buah negara tau. Ini bukan produk baru, tetapi yang dah lama dan terbukti, cuma baru masuk sini jer. -  Oh dah lama rupanya, cuma baru boom! 





7 KELEBIHAN KAIN NORWEX YANG ANDA MESTI TAHU!


• Tiada bahan kimia.

• Sangat menyerap dan tahan lama.

• Membuang sehingga 99% bakteria.

• Teknologi baclock - Mengurangkan bau, kulat dan bakteria.

• Menjimatkan masa dan wang. 

• Mudah dijaga.

• Ada warranty.







KAIN NORWEX - KAIN LEVEL KAYANGAN? 


Oleh kerana kain ni agak mahal, ia di label sebagai  level kayangan! Ade je yer. hihi. Khabarnya harga yang tinggi ini disebabkan kualiti yang ada pada kain ni. 


Ada teknologi Backlock iaitu kain ini bersih sendiri dari bakteria dalam tempoh 24 jam. Dan kain ini juga ada jaminan 2 tahun. Wow! Ada warranty uols. Patutlah. Jarang-jarang kain lap -lap ni ada warranty. 


NAK BELI KAIN NORWEX?

Whatsapp Cik Rose 0194964553

dm di instagram : http://www.instagram.com/roshazareeza_ruslan






Apa yang best dengan kain Norwex ni?


✅ Kerja mengelap jadi lagi mudah dan jimat masa. Kalau lap minyak kat dapur lepas masak, kerja 10 step boleh jd 3 step. hanya menggunakan air atau UPP detergent Norwex sendiri. - Ramailah yang suka kalau bab -bab boleh jimat masa ni. Maklumlah, macam-macam nak buat kan. Kadang-kadang tu boleh jadi stress sebab penat nak buat itu ini. Nak nak pula kalau memang kena buat sorang-sorang, tak ada yang membantu. Boleh menangis tengok dapur serabut!


✅ Nak cuci kipas atau tempat tinggi, guna envirowand. Habuk tak bersepah dan melekat di mop jer. - Ni macam best! Geram kalau cuci kipas syiling, habuk berterbangan! Kang nak kena bersihkan lantai/ karpet. Dua tiga kali kerja pula jadinya! 


✅ Nak lap cermin tak perlu pakai suratkhabar dah. Guna window cloth, zassss berkilat sampai nampak jelas semua apa yang ada kat muka. - Wow wow! Ni banyak syok! Emmm macam tergodalah pulak! 


✅ Bila anda menggunakan kain yang berkualiti dan ada standart, pastinya kain yg digunakan akan tahan lebih lama dan menjimatkan dalam waktu jangka panjang. Teknologi BackLock tersebut akan menghalang kain berbau busuk,bertahi lalat dan menghalang pembiakan bakteria pada kain. - Ni part paling bagus. Kain berkualiti, boleh guna ulang-ulang dan tahan lama. Tak adalah kejap-kejap nak kena beli baru kan. 






Alah membeli, menang memakai. 


Jika benar bagai di kata akan kelebihan kain ini, bagi Cik Rose memang berbaloi untuk dimiliki. Harga setanding kualiti. Berbaloilah kita beli mahal, dan boleh diguna berulang kali, siap ada warranty. Berbanding kita beli kain yang lebih rendah harganya,  tapi kerap pula kena beli. 


Apapun, lihat poket kita. Ok ke tak. Kalau korang tak beli, janganlah kecam orang yang beli dengan pelbagai kata sindiran. 


Barang-barang di pasaran ni memang  ada target pengguna yang tersendiri. Kalau nak cakap bab harganya yang sedikit mahal, mungkin ia tidak menjadi beban pada sesetengah orang. Berbalik kepada soal kemampuanlah.  Anda mampu, anda beli. Anda tak mampu, cari altenatif lain. Tak ada yang halang pun kan. 


Kalau bab harga ni, bukan kain ni jer. Ada lagi bab lain. Cik Rose nak selitkan sikit. Contohnya tudung. Ada yang cakap, ala beli je tudung RM10. Buat apa beli tudung RM 50 (contoh ya).Sama je, cantik jugak. Itu kata anda. Ada yang sanggup berbelanja lebih untuk sehelai tudung kerana kualiti kainnya, designnya dan lain-lain. 


Janganlah korang kecam lebih-lebih.  Itu baru bab tudung, belum masuk bab beg, baju, jam, ha kopi pun sama! Hihi. Ada je suara-suara yang nak menyindir kan. Buat apa beli mahal-mahal, yang murah pun elok. Itu kata anda. Tapi tak betul 100%. Kalau tanya Cik Rose, jujurnya Cik Rose tak kisah berbelanja lebih untuk barangan yang ada kualiti tersendiri. 


Akhir kata,  tepuk poket anda. Bukan tepuk dada tanya selera ok. hikhik.  Nak beli, beli. Tak nak beli, jangan kecam orang yang menjual pula. Supportlah kawan-kawan yang berusaha keras untuk mencari pendapatan tambahan. Kalau rasa tak nak beli, diam jer. Jangan tulis yang negatif - negatif pula. 



BELI TUDUNG MAHAL - MEMBAZIR


Oh ya, Cik Rose nak selit sikit pengalaman peribadi. Cik Rose antara peminat tudung jenama Fareeda dulu. Sanggup beratur dan tunggu di facebook untuk keluaran terbaru tudung Fareeda. Memang beli dan pakai tudung Fareeda masa tu. 




Biarlah orang nak cakap apa, Cik Rose ok jee. hikhik. 


Bab harga, kalau mampu teruskan. Tak mampu, cari altenatif lain. Tapi, tapi, tapi. Jangan sama sekali menyokong produk yang meniru produk asal,  gred AAA katanya. 


Korang marah kalau orang tiru penulisan korang, marah kalau orang ambil idea korang. Tapi, korang ok je menyokong produk tiruan. Emmm. 


Cik Rose pernah mengikuti satu bengkel oleh Encik Hafiz Cutecarry suatu masa lalu. Beliau pernah cakap, pakai atau gunalah barangan dari jenama yang original. Bukan yang tiruan. Kalau korang rasa jenama A mahal, belilah jenama B yang lebih rendah. Asalkan ia jenama asal. Jangan menyokong produk tiruan. 


Contohnya beg tangan LV. Kan mahal. Kalau tak nak keluarkan bajet yang tinggi untuk sebuah beg,  carilah altenatif lain. Beli jenama Carlo Rino atau Polo. Bukan dengan membeli LV gred AAA. Ni contoh sahaja yer. 



Yang meluahkan rasa,


UPDATED

Cik Rose yang telah terjebak dengan kain Norwex dan nak ajak korang beli dan pakai kain Norwex. Rasai sendiri, puas hati ke tidak, bagitahu yer. Boleh whatsapp Cik Rose kalau nak tahu tentang kain Norwex 0194964553. 




Post a Comment

5 Comments

  1. betul.Kalau mampu boleh je gunakan.Kalau tak mampu xperlu kata pape..Mahal sebab quality kan.akak pun sentiasa support kawan-kawan yang jual
    norwex walau tak kemampuan lagi nak beli

    ReplyDelete
  2. alah membeli menang memakai kan..klo kita naksesuatu yang memudahkan kerja kita kena la grab 1..hehe =)

    ReplyDelete
  3. Hehe..kita tak kisah ada jenama atau tak yang penting kita selesa memakainya

    ReplyDelete
  4. Viral kan kain kayangan Norwex ni. Eina belum terjebak lagi setakat ni. Hehe

    ReplyDelete
  5. tengah pikir lagi nak beli ke tak nak..ikutkan poket boleh je..tapi nak tau jugak okay ke tak..tak nak baca review dari seller..sebab seller mesti bagi input yang positif semua..nak tau dari pengguna ... terbaca posting awak,, rasa menarik nak beli..tapi masih lagi duk pikir..hehehehe

    ReplyDelete