Sunday, December 06, 2020

RENTAS DAERAH DAN NEGERI DIBENARKAN DI SELURUH NEGARA KECUALI KAWASAN PKPD BERMULA 7 DISEMBER 2020

RENTAS DAERAH DAN NEGERI DIBENARKAN DI SELURUH NEGARA KECUALI KAWASAN PKPD BERMULA 7 DISEMBER 2020


Petang semalam telah diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP) . Terjawab sudah segala persoalan mengenai status PKPB. 

Kebanyakan negeri telah ditamatkan PKPB dan ada juga yang masih dikekalkan PKPB. Ada mukim yang telah ditamatkan PKPD dan masih ada yang dalam status PKPD.

Yang menariknya pengumuman mengenai Kebenaran Rentas Negeri. Ianya telah dibenarkan walaupun dalam status PKPB. Tidak perlu kebenaran polis dan tiada sekatan jalan raya. 


Di bawah, Cik Rose sertakan teks penuh sidang media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 5 Disember 2020


Sumber : Majlis Keselamatan Negara


1.Task Force Operasi Pematuhan


2,625 Pasukan Pematuhan terdiri daripada 13,844 anggota telah melakukan 51,245 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP


Sebanyak 3,678 pasar raya, 4,999 restoran, 1,293 kilang, 1,555 pasar awam/tani, 3,339 tempat ibadah serta 1,321 tempat riadah telah diperiksa.


Semalam, PDRM juga telah menahan 491 individu atas kesalahan ingkar arahan SOP. 437 individu telah dikenakan kompaun manakala 54 direman.




2.Kawalan Sempadan Negara


Semalam, Op Benteng telah berjaya menahan 116 PATI serta merampas 1 bot/kapal dan 1 kenderaan darat 


Sebanyak 294 SJR Op Benteng  dilaksanakan diseluruh negara seperti berikut:


Op Benteng/Penawar  (PDRM, ATM dan RELA) - 226 SJR

Op Benteng PDRM - 59 SJR

Op Benteng AKSEM - 9 SJR


3.Operasi Sanitasi Awam


KPKT telah melakukan 12,254 operasi sanitasi merangkumi 137 zon. 


Operasi Sanitasi ini melibatkan 219 anggota dan 42 jentera JBPM dan 182 PBT. 


4.Kuarantin Wajib


Seramai 81,513 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.


Semalam, seramai 869 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa negara dan kesemuanya telah dikuarantin wajib di stesen kuarantin seluruh negara.


5. Negeri Pulau Pinang


Sidang khas bersetuju menamatkan PKPB bagi seluruh negeri Pulau Pinang pada 6 Disember 2020


Walaubagaimanapun, PKPB untuk 2 mukim yang masih merah iaitu Mukim 12 (Barat Daya) dan Mukim 13 (Timur Laut) akan diteruskan bermula 7 Disember 2020 hingga 20 Disember 2020.


Sidang Khas turut bersetuju melaksanakan PKPD di dua Lokaliti Zon Merah iaitu bermula 7 Disember 2020 hingga 20 Disember 2020 di:


Flat Jalan Paya Terubong, Relau - Anggaran penduduk 10,000 orang 


Flat di Desa Bistari, Batu Uban - Anggaran penduduk 4,000 orang


6.Negeri Perak


Sidang Khas bersetuju untuk menamatkan PKPB Negeri Perak pada 6 Disember 2020 kecuali bagi daerah Kinta serta Mukim Teja (Daerah Kampar) dan Mukim Changkat Jong (Daerah Hilir Perak) akan diteruskan PKPB bermula 7 Disember 2020 sehingga 20 Disember 2020.


Sidang Khas bersetuju menamatkan PKPD di Zon B dan Zon C Taman Meru 2C, Ipoh, Perak pada 5 Disember 2020 iaitu lebih awal dari yang dijadualkan.


Pelaksanaan PKPD Depot Tahanan Imigresen Langkap, Perak Berserta Kuarters berkuatkuasa 6 Disember 2020 hingga 19 Disember 2020 melibatkan 1,187 tahanan, 161 kakitangan serta 57 ahli keluarga.


7. Negeri Kelantan


Sidang Khas bersetuju untuk menamatkan PKPB Negeri Kelantan pada 6 Disember 2020 kecuali bagi daerah Kota Bharu, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas yang akan disambung dari 7 Disember 2020 hingga 20 Disember 2020.


Pelaksanaan PKPD Di Madrasah Ad-Diniah Al Falahiah, Kg Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir Puteh berkuatkuasa 7 Disember 2020 hingga 20 Disember 2020.


8. Negeri Selangor 


Sidang khas bersetuju PKPB di seluruh Negeri Selangor dilanjutkan lagi bermula 7 Disember 2020 sehingga 20 Disember 2020 kecuali bagi Daerah Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.


9. Wilayah Persekutuan Putrajaya


Sidang khas bersetuju agar PKPB di seluruh Wilayah Persekutuan Putrajaya ditamatkan pada 6 Disember 2020.


10. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Sidang khas bersetuju agar PKPB di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dilanjutkan lagi bermula 7 Disember 2020 sehingga 20 Disember 2020.


11. Negeri Sembilan 


Sidang khas bersetuju agar PKPB di seluruh Negeri Sembilan ditamatkan pada 6 Disember 2020 kecuali bagi Daerah Seremban dan Port Dickson.


12. Negeri Johor


Sidang Khas bersetuju untuk menamatkan PKPB Daerah Mersing pada 6 Disember 2020 


Walaubagaimanapun, PKPB di Daerah Kota Tinggi dilanjutkan bermula 7 Disember 2020 hingga 20 Disember 2020.


Sidang Khas juga bersetuju untuk melaksanakan PKPB di tiga daerah baru iaitu di Johor Bahru, Batu Pahat dan Kulai mulai 6 Disember 2020 sehingga 19 Disember 2020.


13.Wilayah Persekutuan Labuan 


Sidang khas bersetuju PKPB di seluruh Wilayah Persekutuan Labuan ditamatkan pada 6 Disember 2020


14. Negeri Sabah 


Sidang khas bersetuju PKPB di seluruh Negeri Sabah dilanjutkan selama 14 hari lagi bermula 7 Disember 2020 sehingga 20 Disember 2020. 


Sidang khas bersetuju menamatkan PKPD di K-Avenue, Megacity, Penampang, Sabah pada 5 Disember 2020 


15.Negeri Kedah


Pelanjutan PKPB di Daerah Kulim, Kedah selama 14 hari bermula 7 Disember 2020 sehingga 20 Disember 2020.


16. Negeri-Negeri Lain


Bagi negeri Terengganu, Pahang, Perlis, Melaka dan Sarawak kekal di bawah PKPP sehingga 31 Disember 2020.


17. Sidang Khas juga bersetuju semua kenderaan dibenarkan membawa penumpang mengikut jumlah kapasiti tempat duduk kenderaan masing-masing








18. Sidang Khas semalam bersetuju sekatan rentas daerah dan negeri di seluruh negara adalah dibenarkan kecuali bagi kawasan PKPD. Kebenaran ini akan bermula 7 Disember 2020.




No comments:

Post a Comment