3 MAKSUD MIMPI BUAYA DAN TAFSIR MIMPI BUAYA MENURUT ISLAM
Mimpi Buaya,apa maksudnya? Adakah petanda baik atau petanda buruk. Apakah hanya mainan tidur sahaja akibat tidur dalam keletihan atau ketakutan. Ramai yang mengalaminya dan tertanya-tanya akan maksudnya. Takut dan bimbang menguasai diri.
Justeru itu, rasa ingin tahu menerpa dalam hati. Nak ditanya pada orang, malu pula. Apalagi, terus cari di google akan maksud mimpi buaya.
Cik Rose kongsikan 3 maksud mimpi buaya di sini.
Erti Mimpi Buaya Berwarna Putih
Secara umum, erti mimpi ini merupakan sebuah peringatan dan pertanda bahawa kita telah menyakiti perasaan seseorang.(sama maksudnya seperti mimpi membuang air besar)
Erti Bertemu Buaya di Mimpi
Menurut pakar psikologi, mimpi melihat haiwan merupakan sebuah tanda bahawa kamu sedang merasa ketakutan.Sementara itu, tafsir mimpi ini berbeza menurut para leluhur Jawa.Menurut mereka, mimpi melihat buaya yang sedang berdiam diri merupakan tanda bahawa keinginanmu akan tercapai.
Itulah antara 3 maksud mimpi buaya yang dapat Cik Rose kongsikan di sini. Namun, sebagai oran Islam, kita tidak boleh mempercayai ramalan-ramalan mimpi sewenang-wenangnya.
Di sini, Cik Rose kongsikan juga Maksud Mimpi Buaya yang Cik Rose ambil dari laman web Pejabat Mufti Wilayah.
Jika mimpi bertemu buaya , Imam ‘Abd al-Ghani al-Nabulsi menyatakan:
“Melihatnya (buaya) dalam mimpi adalah simbolik kepada polis. Buaya di dalam laut merujuk kepada seseorang yang tidak boleh dipercayai, samada dianya kawan atau lawan. Buaya juga adalah merujuk kepada peniaga yang zalim dan tidak boleh dipercaya. Sesiapa yang melihat buaya menariknya ke dalam air dan membunuhnya, sesungguhnya dia akan ditangkap polis yang akan mengambil hartanya dan membunuhnya. Sekiranya dia selamat daripadanya, maka dia terselamat.
Melihat buaya dalam mimpi juga merujuk kepada kebiadaban, dosa, perompak, pendapatan yang tidak menepati syarak, ketakutan dan tekanan. Ia juga bermaksud meninggalnya seseorang, digambarkan dengan keadaannya yang lemas. Melihat buaya di laut menandakan keburukan dan melihatnya di daratan menunjukkan buaya tersebut lemah dan kehinaan. Sekiranya buaya menarik seseorang ke dalam air di dalam mimpi, ia bermakna seseorang yang berkuasa akan memaksanya melakukan sesuatu yang dia benci. Jika seseorang melihat dirinya sendiri sedang makan daging buaya, atau sekiranya seseorang melihat dirinya menarik buaya keluar daripada air, ia bermakna dia akan berjaya mengatasi musuhnya."[2]
Secara asasnya, Ibn Hajar al-‘Asqalani membahagikan mimpi kepada dua bentuk:
Mimpi yang benar (al-sadiqah). Ini adalah mimpi para Nabi dan orang-orang soleh. Jarang-jarang berlaku kepada selain daripada mereka. Ia boleh berlaku secara sedar (yaqazah) bertepatan apa yang berlaku dalam mimpi.
Dikenali dengan istilah al-adghath. Ia berlaku tiba-tiba tanpa sebarang perlakuan yang membawa kepada datangnya mimpi tersebut. Ia boleh datang dalam beberapa bentuk:
* Mainan syaitan untuk menyebabkan orang yang bermimpi menjadi sedih atau risau.
* Melihat malaikat yang mengarahkannya melakukan perkara yang diharamkan atau mustahil dilakukan
* Sesuatu yang difikir-fikirkan oleh orang yang bermimpi semasa sedar dan ia terbawa-bawa sehingga ke dalam mimpi. Ini adalah kebiasaannya.[2]
Antara panduan ringkas sekiranya berhadapan dengan mimpi buruk adalah:
- Meludah ke kiri 3 kali
Sabda Nabi SAW:
إِذَا رَأَى أَحَدُكُمُ الرُّؤْيَا يَكْرَهُهَا، فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ ثَلَاثًا وَلْيَسْتَعِذْ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ ثَلَاثًا، وَلْيَتَحَوَّلْ عَنْ جَنْبِهِ الَّذِي كَانَ عَلَيْهِ
Maksudnya: “Ketika kalian mengalami mimpi buruk, hendaknya meludah ke kiri 3 kali, dan memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatan syaitan sebanyak 3 kali serta menukar rusuknya ke arah berlawanan (menukar posisi tidur).”
(Riwayat Muslim, no. 2262)
- Tidak menceritakan kepada orang lain, bangun tidur dan laksanakan solat
Sabda Nabi SAW:
الرُّؤْيَا ثَلاَثٌ: حَدِيثُ النَّفْسِ، وَتَخْوِيفُ الشَّيْطَانِ، وَبُشْرَى مِنَ اللَّهِ، فَمَنْ رَأَى شَيْئًا يَكْرَهُهُ فَلاَ يَقُصَّهُ عَلَى أَحَدٍ وَلْيَقُمْ فَلْيُصَلِّ
Mimpi itu ada tiga jenis: “Bisikan hati, ketakutan kepada syaitan dan berita gembira daripada Allah. Barangsiapa yang melihat (di dalam mimpinya) sesuatu yang tidak disukai, usah menceritakannya kepada orang lain. Dia wajar bangun dan laksanakan solat.”
Akhir kalam, kami mencadangkan supaya rujuk kepada para ulama’ yang muktabar dan kitab yang masyhur dan diyakini. Perihal ta’bir mimpi perlu ditanya kepada orang yang soleh agar mendapat tafsiran yang tepat dan tidak menyeleweng. Allah SWT juga menurunkan wahyu kepada Rasul dalam bentuk mimpi. Sabda Nabi SAW:
رُؤْيَا المُؤْمِنِ جُزْءٌ مِنْ سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا مِنَ النُّبُوَّةِ
Maksudnya: “Mimpi orang Mukmin adalah sejuzuk daripada 46 juzuk kenabian.”
(Riwayat al-Bukhari, no. 6987)
Sesungguhnya, mimpi orang Mukmin di akhir zaman memberi kesan yang baik kepada kehidupannya mahupun masyarakat. Semoga dengan pencerahan ini dapat memberi satu penjelasan yang baik untuk kita memahami isu ini.
Demikianlah maksud mimpi buaya dan tafsir mimpi buaya menurut Islam.
Maksud mimpi buaya
Kenapa mimpi buaya
Elok ke mimpi buaya
Bahaya mimpi buaya
Petanda mimpi buaya
Buaya dalam mimpi
Takut mimpi buaya
Ha, banyak persoalan kan. Ramai yang google untuk mengetahui jawapan. Apa-apa pun, jangan taksub dengan mimpi ya.
0 Comments