SIARAN LANGSUNG PENGUMUMAN STATUS PKPB 5 DISEMBER 2020

SIARAN LANGSUNG PENGUMUMAN STATUS PKPB 5 DISEMBER 2020 


Adakah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan disambung lagi? Ramai yang tertanya-tanya mengenai status PKPB di negara kita. 


Untuk makluman, PKPB yang melibatkan beberapa negeri bakal tamat pada 06 Disember ini. Justeru itu, ramai yag menunggu keputusannyan. Sidang media yang dijadualkan semalam telah ditunda pada hari ini berikutan beberapa kekangan. 


Sebentar tadi, di laman facebook Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah tertera pengumuman seperti di bawah : 


Sidang Media Menteri Kanan Pertahanan @IsmailSabri60 dijangka bersiaran jam 4.00 petang ini. Nantikan pengumuman mengenai status PKPB yang akan diumumkan nanti.

🇲🇾😊. 


#kekaltenang

#KitaMestiMenang

#kitajagakita



Ramai yang menunggu dengan sabar pengumuman yang akan dilakukan oleh Menteri Kanan Pertahanan,  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub. 


Sumber dari Utusan memaklumkan: 


Sebelum ini, Ismail Sabri berkata, Kementerian Kesihatan akan membuat penilaian risiko tahap kebolehjangkitan Covid-19 di negeri-negeri atau kawasan terlibat yang berakhir pada Ahad.

“Beberapa hari sebelum tamat tempoh PKPB, Kementerian Kesihatan akan menasihatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung pelaksanaan PKPB, sama ada akan ditamatkan atau disambung lagi,” katanya dalam sidang akhbar pada Isnin lalu.


Berikutan bilangan kes yang semakin hari semakin membimbangkan, terdapat banyak pendapat dari orang ramai yang dapat kita baca di media sosial.

Untuk rekod : BILANGAN KES COVID-19 MALAYSIA PADA 04.12.2020 adalah seperti berikut: 

Kes baharu : 1141

Kes Sembuh : 1144

 


Ada banyak pendapat mengenai status PKPB ini. Ada segelintir yang mahukan PKPB di sambung berikutan bilangan kes covid-19 yang tinggi. Dengan penyambungan PKPB diharapkan kes kebolehjangkitan dapat di bendung. 


Namun, ada segelintir masyarakat yang mahukan PKPB ditamatkan.  Ada yag beranggapan, walaupun kes jangkitan meningkat, namun kes sembuh juga berada dalam tahap yang baik. Pendapat lain pula mengatakan PKPB wajar  ditamatkan keranan walaupun dalam PKPB, kes tetap meningkat. Justeru itu, mereka mahukan orang ramai hanya mengamalkan SOP yang ditetapkan sahaja.


Ada pula yang telah lama berada dalam situasi PKPB dan ia amat menyukarkan mereka kerana sekatan rentasan negeri. Jika ia disambung lagi, banyak sektor bakal terjejas. Dan banyak lagi pendapat yang dapat kita lihat di media sosial. 


Apa pula kata anda? 

PKPB di sambung atau ditamatkan?


Saksikan siaran secara langsung pengumuman oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub, Menteri Kanan Pertahanan pada petang ini (05 Disember 2020) jam 4 petang. 


Anda dapat menonton di saluran facebook secara live petang ini atau boleh juga menonton di televisyen. 





Post a Comment

0 Comments