Assalamualaikum. Sedap dan Kaw! Berbaloi beli Teh Tarik Old Town White Coffee. Ya, itulah yang Cik Rose rasa. Puas hati sangat.
Baru -baru ni, Cik Rose terima vaucher Old Town White Coffee dari Shopee. Alhamdulillah rezeki. Apalagi, terus buka website Shoppe melalui aplikasi Shopee di handphone. Scroll lah atas bawah, atas bawah nak beli apa.
Cik Rose memang peminat kopi. Tapi, tak rasa macam nak beli kopi. Sebab stok kopi masih ada di rumah. Emm sekali ternampak teh. Eh eh macam best jer. Ada dua pilihan. Satu teh tarik dan satu lagi teh. ~~ still teh yang bersusu, cuma tak ada perkataan tarik.
Jadi, inilah pilihan Cik Rose. Satu pek teh tarik segera dari Old Town White Coffee. Oleh kerana nak cukupkan nilai voucher, Cik Rose tambah kopi tin pula. Ambil 6 tin - 4 tin classic dan 2 tin salted caramel.
Review dari Cik Rose.
Teh tarik tu memang sedap ! Ada buih lagi. Rasa pekat memikat. Kaw! Tak macam teh segera beberapa jenama lain. Air tin tu pula, yang classic tu ok. Sedap jer. Cuma yag salted caramel tu, tak kena dengan tekak Cik Rose. Maklumlah selera kita berbeza-beza kan.
Thank you Shopee! Bila nak bagi voucher lagi ni? Im waiting. hihihi. Boleh email terus ke ruslan.reeza@gmail.com
Stay healthy :)
0 Comments