Friday, January 22, 2021

SINOPSIS DRAMA MELASTIK KE HATIMU (TV3)

DRAMA MELASTIK KE HATIMU (TV3)

Drama adaptasi novel 'Melastik Ke Hatimu' karya Aqma Dee di tayangkan di slot Lestary TV3. Menampilkan gandingan Andi Bernadee dan Janna Nick sebagai teraju utama. Drama romantik komedi ini adalah drama terbitan OrangeTree Production dibawah arahan Azmi Hata. Mula bersiaran mulai 21 Januari 2021(Jumaat), setiap Rabu hingga Sabtu pukul 9 malam di TV3.




JUDUL DRAMA : MELASTIK KE HATIMU

EPISOD : 13
TARIKH TAYANGAN : 21 Januari 2021(JUMAAT)
WAKTU SIARAN : Rabu-Sabtu, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Siti Solehah Abdul Ghani, Eja Lorena, Rohaidah Aida Adia
PENULIS NOVEL : Aqma Dee
PENGARAH : Azmi Hata
PRODUKSI : OrangeTree Production Sdn Bhd
PELAKON : Janna Nick, Andi Bernadee, Hafidz Roshdi, Norman Hakim, Wani Keyrie, Puteri Sarah Liyana, Azrel Ismail, Ahmad Ezzrin Loy, Idzham Ismail, Afifah Nasir, Noniswara, Azizah Mahzan, Ridzuan Hashim, Dato Jalaluddin Hassan, Cassia Iman


WATAK PELAKON MELASTIK KE HATIMU

Andi Bernadee sebagai Ziyyad
Janna Nick sebagai Haura
Norman Hakim sebagai Jeffry
Wani Kayrie sebagai Fatin 
Puteri Sarah Liyana sebagai Faida
Idzham Ismail sebagai Luqman





LAGU TEMA (OST)
Usop - Pencinta Setiamu

Lirik lagu Pencinta Setiamu nyanyian Usop

Tanyalah siapa disini paling tampan
Pasti jawabnya jejaka depan mata
Engkau yang bertuah jika memiliki
Sepenuhnya jiwa akan ku serahkan demi cinta
Aku jejaka yang mampu menghapuskan lukamu
Dengan senyuman istimewa di wajahku
Tiada jejaka yang harus memiliki cintamu
Selain aku si pencinta setiamu
Tanyalah siapa disini paling tampan
Pasti jawabnya jejaka depan mata
Engkau yang bertuah jika memiliki
Sepenuhnya jiwa akan ku serahkan demi cinta
Aku jejaka yang mampu menghapuskan lukamu
Dengan senyuman istimewa di wajahku
Tiada jejaka yang harus memiliki cintamu
Selain aku si pencinta setiamu
Kita tak mampu tuk hidup tanpa cinta
Tulis bersama cerita kita
Aku jejaka yang mampu menghapuskan lukamu
Dengan senyuman istimewa di wajahku
Tiada jejaka yang harus memiliki cintamu
Selain aku si pencinta setiamu
Selain aku si pencinta setiamu





SINOPSIS DRAMA MELASTIK KE HATIMU

Mengisahkan Haura, seorang pekerja kilang yang memiliki perangai gila-gila dan suka mengunyah chewing gum. Di kilang itu, Haura selalu bergaduh dengan Natasya yang asyik tidak berpuas hati dengannya. Mereka ibarat ‘gangster-gangster’ kilang itu. Haura bercinta dengan Naim namun begitu mereka mendapat halangan daripada Mak Limah kerana Mak Limah hanya mahu bermenantukan orang kaya. Haura kerap kali dating dengan Naim selepas waktu kerja dan Faida, kakak sulung Haura akan menjadi mangsa untuk coverline Haura depan Mak Limah dengan mengatakan Haura buat over time dan akan pulang lewat. Ziyyad, pengurus kilang di tempat Haura bekerja, sudah lama menaruh hati kepada Haura. 

Haura terpaksa akur apabila dijodohkan dengan Ziyyad, pengurus kilang di tempat Haura bekerja. Ziyyad digelar 'kayu cengal' oleh pekerja kilang kerana sikapnya yang tak endahkan orang rupanya menyimpan perasaan pada Haura dalam diam. Mereka terikat dalam perkahwinan. Ziyyad cuba memikat hati Haura dan Haura pula mencari jalan supaya Ziyyad menceraikannya kerana cintanya hanya untuk Naim. Ziyyad disenangi oleh ayah Haura yang terkena serangan strok dan kebaikan Ziyyad akhirnya berjaya membuahkan rasa cinta di hati Haura untuk suami.

Sedang mereka melakar bahagia, musibah melanda Ziyyad. Keluarga Ziyyad diisytihar muflis dan terbongkar suatu rahsia yang selama ini tersimpan kemas. Keadaan itu menyebabkan emak Haura memaksa Ziyyad melepaskan Haura.

No comments:

Post a Comment