Tuesday, February 23, 2021

Watch Penthouse Season 2 Episode 1

Watch Penthouse Season 2 Episode 1 

Sinopsis Penthouse Season 2




Episode 1, Oh Yoon-Hee Tidak Bersalah


Drama Penthouse season 2 telah ditayangkan pada hari Jumaat, 19 Februari 2021 di Korea Selatan. Setelah berjaya membuat penonton tertanya-tanya dengan ending Penthouse season 1 dimana watak Shim Su-Ryeon meninggal dunia dan yang tertuduh pelaku adalah Oh Yoon-Hee. 


Saat Oh Yoon-Hee akan dipindahkan ke rumah tahanan datang Logan menyelamatkannya dan membawanya lari! Lebih tragis, Oh Yoon-Hee berlumuran darah akibat tusukan di lehernya. Ianya tamat begiti saja. Kita tertanya-tanya apa yang berlaku pada Oh Yoon-Hee. 




Review Penthouse Season 2 Episode 1


Sinopsis Episode 1 Penthouse Season 2


Drama ini dimulakan dengan adegan pertandingan di sekolah Seni Cheong-A yang disaksikan secara langsung oleh semua waris. Kemudian Cheon Soe-Jin yang juga merupakan Pengarah sekolah itu dilihat membacakan keputusan pertandingan itu, kemudian tiba-tiba ada seseorang yang jatuh dari tangga. 


Orang itu berlumuran darah dan seperti ada sesuatu yang tertusuk di kepalanya. Joo Dan-Tae mendekati orang tersebut untuk melihat siapakah dia dan scene pun terpotong.




Scene throwback ke empat bulan sebelumnya.


Cheon Seo-Jin sedang mengadakan sebuah konsert di Amerika. Konser berjalan dengan jayanya. Dia bertemu kembali dengan bekas suaminya Ha Yoon-Chul di sebuah hotel disana. Tanpa membuang kesempatan, Seo-Jin mengambil kesempatan ini untuk melepas rindu pada bekas suaminya itu. 


Berita ini pun sampai ke telinga Joo Dan-Tae. Dia sangat marah dan menyuruh orang untuk mengajar Yoon-Chul. Selain itu mereka mematahkan tangannya dan membuangnya ke laut.


Cheon Seo-Jin telah kembali ke Korea. Dia menerima ugutan dalam bentuk gambar. Dia mengesyaki Oh Yoon-Hee. Dia memberi tahu Dan Tae mengenai hal ini namun Dan-Tae meyakinkan tidak mungkin Yoon-Hee pelakunya kerana saat ini dia sedang diburu polis.  


Sebaliknya, Dan Tae bertanya pada Seo-Jin apa terjadi sesuatu semalam. Namun Seo-Jin berbohong dengan mengatakan tidak terjadi apa-apa. Ekspresi Dan Tae pun berubah mengetahui Seo-Jin berbohong.


Adegan diteruskan dengan scene dimana Lee Kyu-Jin yang sudah menjadi anggota dewan sedang berdemo. Dia dibantu dengan isteri dan juga para penyokongnya. Dia mogok makan namun semua tu hanya pura-pura. Semua dilakukan hanya untuk mendapatkan sokongan saja. Lalu mereka menerima berita di internet jika Joo Dan-Tae akan bertunang dengan Cheon Seo-Jin. 


Berita itu sampai pula pada Eun-Byol dan Seok-Hoon dan Seok-Kyung. Teman-teman sekolahnya mentertawakan mereka kerana akan menjadi adik beradik tiri. Lalu Seok-Kyung marah dan mengatakan tidak ingin menjadi saudara Eun-Byol. Sementara Eun-Byol mengatakan tidak ada yang salah menjadi saudara.




Watch Penthouse Season 2 Episode 1 with english / malay subtitles


Disisi lain, kehidupan Bae Ro-Na sangat menyedihkan. Dia hidup sebagai anak pembunuh. Di sekolah dia dibuli oleh teman-temannya. Di tempat kerja, dia dipecat oleh bosnya. Rupanya ada satu orang yang masih memberinya perhatian. 


Dia adalah Yoo Je-Ni. Diam-diam setiap pagi Je-Ni membawakan makanan kepada Ro-Na. Hal itu diketahui oleh teman-temannya. Seok-Kyung marah besar kerana Je-Ni membela anak pembunuh ibunya. Eun-Byul mengancam Je-Ni akan menganggu ujiannya jika dia terus membantu Ro-Na.


Cerita berlanjut pada adegan Joo Dan-Tae melamar Cheon Seo-Jin dengan kejutan yang romantis. Sayangnya lamaran terganggu kerana polis datang dan menangkap Dan-Tae dengan tuduhan sebagai pembunuhan isterinya, Shim Su-Ryeon. Semua orang panik. 


Di balai polis, mereka dapat tahu yang  melaporkannya adalah Yang Mi-Ok, pembantu yang telah diusir dari rumah Dan-Tae.  Namun sekarang Mi-Ok sudah meninggal akibat bunuh diri.


Di balai polis, Seo-Jin melihat Oh Yoon-Hee. Dia ternyata masih hidup. Dia sangat marah dan mendekati Yooh-Hee. Dia terus memarahinya namun dicegah oleh polis. Mereka mengatakan Oh Yoon Hee datang menyerahkan diri dan meminta siasaran semula dilakukan  kerana dia tidak bersalah. Hal itu pun dilakukan oleh polis. 


Karena tidak ada pilihan lain, akhirnya Joo Dan-Tae telah membuat Yang Mi-Ok menjadi suspek utama pembunuhan Shim Su-Ryeon. Akhirnya Oh Yoon-Hee bebas dan dapat kembali dengan Ro-Na. Yoon-Hee membawa Ro-Na pergi ke luar negeri. 


Saat itu Seok-Hoon melihat Ro-Na pergi. Dia kelihatan sedih. Dia mungkin merasa bersalah karena tidak peduli pada Ro-Na selama ini. Disisi lain, Cheon Seo-Jin sangat marah karena Yoon-Hee bebas. Namun Dan-Tae tidak punya pilihan lain. Jika tidak, dia pula yang akan tertangkap! 


3 bulan kemudian...


Sebuah majlis sangat anggun sedang berjalan. Majlis itu adalah pertunangan Joo Dan-Tae dan Seo-Jin. Namun Seo-Jin terbayang-bayang  Ha Yeon-Chul. Mungkin dia merasa jatuh cinta kembali.  Atau mungkin memang wataknya begitu!(curang). Sebab dia dilihat seakan tak nak kahwin dengan Dan Tae! 




Majlis berjalan dengan baik. Seo-Jin memeluk bakal anak tirinya Seok-Kyung dan Seok-Hoon. Meski Seok-Kyung sangat membenci Seo-Jin namun dia tidak dapat menolak. Begitu juga dengan Dan-Tae. Dia memeluk Eun-Byul, bakal anak tirinya. 


Kemudian sebuah helikopter datang dan merosakkan majlis itu. Semua hiasan berselerak.  Rupanya ada tetamu yang tak diundang. Dia adalah bekas suami Seo Jin. Dia tidak datang sendiri. Dia membawa isteri barunya yang tak lain adalah Oh Yoon-Hee. Semua orang terkejut dan bersambung ke episode 2.


Watch Penthouse Season 1 Full Episode : Full Episode Penthouse









No comments:

Post a Comment