Tuesday, February 23, 2021

Watch Penthouse Season 2 Episode 2

Watch Penthouse Season 2 Episode 2

Sinopsis Penthouse Season 2



Drama dimulai dengan babak sebelum pertunangan dimana ahli hera club sedang membincangkan tentang penghuni baru yang akan tinggal di unit 4502. Unit itu adalah bekas tempat tinggal Oh Yoon-hee. 


Kemudian scene kembali ke acara pertunangan Joo Dan-Tae dan Cheon Seo-Jin. Semua orang terkejut kerana Oh Yoon-hee sudah berkahwin dengan Ha Yoon-Chul. (sebenarya mereka belum berkahwin). Mereka bekerjasama untuk membalas dendam.


Ha Eun-Byul sangat marah kerana akan menjadi adik beradik tiri dengan Bae Ro-Na, orang yang sangat dibencinya.  Begitu juga dengan Seok-Kyung. Dia sampai menyiram air ke wajah Yoon-Hee kerana menganggap dialah yang membunuh ibunya. Bukannya marah, Yoon-Hee berasa puas  kerana masih ada yang mengingati Shim Su-Ryeon.




Tapi yang membuat kita tertanya-tanya, mungkinkah Eun-Byol tahu kalau ayahnya hanya pura-pura berkahwin? Sebab ada lelaki misteri di bilik eun-byul malam itu. 


Kemungkinan besar itu adalah Yoon-Chul, ayahnya. Dia mungkin membantu ayahnya dengan terus berpura-pura marah. Sebab di dalam hati Eun-Byol, dia membenci ibunya yang telah curang dengan Joo Dan-Tae. 


Watch Penthouse Season 2 Episode 2 with english / malay subtitles


Akhirnya Oh Yoon-Hee membuat kejutan lagi. Dia kembali ke Hera Palace bersama dengan suami pura-puranya, Ha Yoon-Chul. Duduk di rumah lamanya juga! Tentu saja hal ini membuat Seo-Jin marah hingga mengganggu percutiannya bersama Dan-Tae.




Dan- Tae pun dia tinggalkan kerana moodnya sudah terganggu atas kembalinya Yoon-Hee. Tapi,ianya berbeza dengan  orang-orang yang tidak ada pendirian seperti Lim Kyu-Jin, Go Sang-Ah, dan Kang Ma-Ri. 


Mudah bagi Yoon-Chul untuk mendapatkan sokongan mereka. Cukup janjikan mereka dengan keuntungan, mereka pasti akan berpihak pada Yoon-Chul dan Yoon-Hee.


Hari-hari Seo-Jin semakin buruk kerana cemburu dan marahnya pada Yoon-Hee. Apatah lagi dia harus melihat bagaiamana Yoon-Chul melayan Yoon-Hee dengan sangat romantis. Perkara yang tidak pernah dia dapatkan ketika menjadi isterinya. 


Misteri juga, di mana Bae Ro-Na?  Ro-Na tidak kembali bersama ibunya. Mungkin  Ro-Na masih belum terima jika ibunya berkahwin dengan Yoon-Chul. Seperti biasa, Yoon-Hee akan menyembunyikan hal-hal berbahaya dari Ro-Na. Termasuk perancangannya untuk balas dendam. 




Seo-Jin ada masalah di pita suaranya. Jika dia tetap memaksa untuk menyanyi untuk konsertnya, maka pita suaranya akan rosak! 


Tapi Seo Jin ni banyak akal. Dia tak nak batalkan konsert. Tetap nak teruskan. Sampai sanggup cari penyanyi upahan. Kebetulan ada seseorang yang sangat sesuai dengan suaranya. Seseorang dari desa yang belum pernah memulai debut.


Konsert pun akhirnya berlangsung.  Para jemputan sudah memenuhi ruang opera. Cheon Seo-Jin sudah memasuki panggung. Begitu juga dengan orang yang menjadi suara penggantinya. Awalnya semua berjalan dengan lancar. 


Sampai akhirnya si pengganti membuka masknya dan ternyata orang sedang menyanyi adalah Oh Yoon-Hee. Ternyata Oh Yoon-Hee dibantu Logan Lee sudah menjalani pembedahan di Amerika. Dia sudah mendapatkan kembali suara emasnya. Dia boleh bernyanyi seperti dulu lagi.


Cheon Seo-Jin tentu sangat terkejut kerana di akhir lagu si pengganti membawakan nada akhir dengan nada tinggi yang perfect. Dia sendiri bahkan tidak dapat menyanyikan seperti itu. Cheon Seo-Jin ingin memarahi si pengganti, namun ternyata orang itu adalah Yoon-Hee. 


Bersambung ke episod 3 Penthouse Season 2. 

Watch Penthouse Season 1 Full Episode : Full Episode Penthouse




No comments:

Post a Comment