Jika Pencen Pilihan, Bila Duit Pencen Akan Dibayar?
Ramai yang masih tertanya-tanya dan keliru mengenai pencen pilihan. Jika pilih untuk bersara pilihan lebih awal dari tarikh bersara wajib, bila duit pencen bulanan akan dibayar? Ganjaran perkhidmatan akan dibayar bila pula. Dan bagaimana dengan Gantian Cuti Rehat (GCR)?
Ok, jom Cik Rose kongsikan penerangan dari laman facebook Bahagian Pasca Perkhidmatan(PENCEN).
Petikan penuh :
Sekiranya telah pilih untuk bersara wajib pada usia 60 tahun, boleh sahaja bersara pilihan seawal usia 40 tahun, dengan syarat tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira sekurang-kurangnya 10 tahun.
Ketika bersara pada usia 40 tahun tu, akan layak menerima Ganjaran Perkhidmatan, Award Wang Tunai GCR dan Kad Pesara sahaja (semua faedah ini tidak dicukaikan pun).
Pencen bulanan layak terima bila? Soalan ni sangat lah popular.
Pencen bulanan akan layak terima mulai usia 55 tahun sekiranya tarikh lantikan adalah selepas 12 April 1991.
Bagi lantikan sebelum 12 April 1991, pencen bulanan boleh layak terima seawal 45 tahun dan seawal 50 tahun (mengikut klasifikasi tertentu). Pencen bulanan yang diterima seawal usia ini lah yang boleh dicukaikan. Boleh dicukaikan bermakna kena lah 'declare'. Kena cukai atau tidak, LHDN akan tentukan.
Nak lagi faham, jom kita baca soalan berdasarkan situasi tertentu :
"Oh, begitu. Min, saya pilih dah nak bersara wajib pada usia 60 tahun. Lantikan saya SELEPAS tarikh 12 April 1991 dan saya ada beberapa soalan seperti berikut (Jawapan turut teman berikan) :
1. Saya nak bersara pada usia 53 tahun, berapa usia saya layak terima pencen bulanan ye?
Jawapan : Pada usia 55 tahun nanti barulah layak terima pencen bulanan. Kena tunggu sikitlah.
2. Kalau saya nak bersara pada usia 54 tahun pula bagaimana?
Jawapan : Sama, akan layak terima pencen bulanan pada usia 55 tahun juga. Kena tunggu setahun, baru boleh layak terima.
3. Kalau saya nak bersara pada usia 55 tahun, boleh ke?
Jawapan : Ya boleh, boleh sangat, tuan akan terus dapat pencen bulanan pada usia 55 tahun.
4. Hmm kalau saya nak bersara pada usia 56 tahun boleh ke?
Jawapan : Ya boleh, boleh tuan yang budiman, tuan akan mulai layak terima pencen bulanan pada usia 56 tahun. Terus dapat. Tanpa ragu.
5. Kalau saya nak bersara usia 60 tahun pula Minmin?
Jawapan : Hurm.. jap saya nak ambil wuduk, solat 2 rakaat. Bagi tenang sikit. Lepas tenang kang baru jawab 😆.
Pertanyaan di atas kerap dikemukakan. Hampir setiap hari pasti akan ada. 'No worry', teman sentiasa dengan tenang akan berikan maklumbalas. 😊
Sekian, terima kasih. Harap bermanfaat.
Moga membantu penjawat awam yang sedang mencari info mengenai pencen ;)
Yang OHSEM,
Admin
P/S : Teman doakan rakan seperjuangan barisan hadapan terus kuat. Didoakan kalian dan kita bersama sentiasa dalam perlindungan dan rahmat-Nya. Aaamiin 🤲"
1 Comments
Ayah n mama mertua sis pencen awal 55thn. Seronok dah jd YB bercucuk tanam je. Hehe. Stress keje polis.
ReplyDelete